Isu Felda: Siasatan belum selesai, bagaimana boleh umum PM tidak terlibat?

Isu Felda: Siasatan belum selesai, bagaimana boleh umum PM tidak terlibat? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isu Felda: Siasatan belum selesai, bagaimana boleh umum PM tidak terlibat?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isu Felda: Siasatan belum selesai, bagaimana boleh umum PM tidak terlibat?
link : Isu Felda: Siasatan belum selesai, bagaimana boleh umum PM tidak terlibat?

Baca juga


Isu Felda: Siasatan belum selesai, bagaimana boleh umum PM tidak terlibat?


Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad yang memberi gambaran bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam penjualan tanah Felda menimbulkan persoalan.

 Jika audit forensik belum pun tamat dan laporan belum dibentang, bagaimana beliau boleh mengesahkan hal ini? Dan jika beliau mempunyai maklumat yang menjadi asas kenyataan itu, apakah beliau telah menjejaskan integriti siasatan? kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. 

 “Namun sebenarnya, kenyataan TS Shahrir ini menimbulkan persoalan besar: Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab di dalam skandal ini?

 “Saya mendesak agar audit forensik dalam isu ini dijalankan dengan segera agar umum dapat mengetahui antara dalang-dalang yang telah terlibat dalam menjahanamkan institusi ini.

 “Saya juga menggesa agar DS Najib berjanji untuk tidak sesekali menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) menghalang mana-mana bahagian laporan audit forensik tersebut dari diterbit, sebagaimana yang kita saksikan dengan laporan Ketua Audit Negara berhubung isu 1MDB.

 “Amatlah penting laporan forensik tersebut diterbitkan sepenuhnya, agar kepercayaan umum akan dikembalikan terhadap Felda,” kata beliau.

 Menurutnya lagi, dalam mengimbas isu yang melanda Felda ini, ianya berpunca daripada pentadbiran Najib Razak yang sejak mula menyandang jawatan Perdana Menteri kelihatan tidak segan silu untuk mempergunakan institusi-institusi yang sepatutnya menjaga kebajikan orang Melayu, sebagai ganjaran buat pemimpin-pemimpin Umno yang dilihat setia kepadanya. 

 “Trend ini amat jelas berlaku dalam pelantikan individu bagi mengisi jawatan tertinggi Felda, Lembaga Tabung Haji, dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). 

 “Atas kemelut demi kemelut yang melibatkan institusi bersangkutan kerajaan (GLC), dapat disimpulkan bahawa PM Najib Razak telah menyalahgunakan badan-badan itu untuk memastikan beliau terus berkuasa. 

 “Maka, Najib perlu mengambil iktibar dari skandal-skandal yang melanda institusi-institusi ini dan segera berhenti memperguna institusi-institusi tersebut sebagai ganjaran politik untuk memenuhi tembolok juak-juak politik beliau,” kata beliau. ~ malaysiadateline


Thus Article Isu Felda: Siasatan belum selesai, bagaimana boleh umum PM tidak terlibat?

Itulah artikel Isu Felda: Siasatan belum selesai, bagaimana boleh umum PM tidak terlibat? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isu Felda: Siasatan belum selesai, bagaimana boleh umum PM tidak terlibat? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/isu-felda-siasatan-belum-selesai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Felda: Siasatan belum selesai, bagaimana boleh umum PM tidak terlibat?"

Post a Comment