Isu tudung: Pindaan Akta Kerja 1955 dibentang pada sidang parlimen akan datang

Isu tudung: Pindaan Akta Kerja 1955 dibentang pada sidang parlimen akan datang - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isu tudung: Pindaan Akta Kerja 1955 dibentang pada sidang parlimen akan datang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isu tudung: Pindaan Akta Kerja 1955 dibentang pada sidang parlimen akan datang
link : Isu tudung: Pindaan Akta Kerja 1955 dibentang pada sidang parlimen akan datang

Baca juga


Isu tudung: Pindaan Akta Kerja 1955 dibentang pada sidang parlimen akan datang




Isu tudung: Pindaan Akta Kerja 1955 dibentang pada sidang parlimen akan datang



Cadangan pindaan Akta Kerja 1955 bagi menangani diskriminasi di tempat kerja susulan isu larangan bertudung dalam sektor perhotelan, dijangka dibentang pada sidang Parlimen akan datang.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata kementerian sedang meneruskan perbincangan ‘tripartite’ melibatkan pihak majikan, pekerja dan kerajaan untuk memperhalusi cadangan pindaan Akta itu.

“Kementerian Sumber Manusia memandang serius isu diskriminasi yang didakwa berlaku dalam kalangan beberapa majikan sektor perhotelan di negara ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Persidangan Dewan Rakyat dijadual berlangsung dari 5 Mac hingga 5 April ini.

Riot berkata pemeriksaan yang dilakukan kementerian ke atas 88 hotel di Semenanjung Malaysia sejak Disember 2017

hingga kelmarin mendapati 13 daripadanya menetapkan polisi dan mempunyai ‘standard grooming’ yang melarang pekerja wanita bertudung, khususnya bagi ‘frontliners’ dan mereka yang bertugas di bahagian ‘food and beverages’.

“Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah menasihatkan 13 hotel berkenaan mengambil tindakan pembetulan untuk tidak melaksanakan polisi itu,” katanya.

Riot seterusnya berkata Persatuan Hotel Malaysia (MAH) telah memberi komitmen untuk menggesa anggotanya supaya tidak menetapkan sebarang polisi atau dasar melarang pemakaian tudung dalam kalangan pekerja wanita di tempat kerja.

“MAH juga menggalakkan semua anggotanya memasukkan pemakaian tudung sebagai pakaian seragam dalam kod etika berpakaian yang diamalkan pihak pengurusan hotel di negara ini,” katanya.

Riot berkata ini berdasarkan perbincangan antara kementerian dan MAH pada 17 Jan lalu.



Thus Article Isu tudung: Pindaan Akta Kerja 1955 dibentang pada sidang parlimen akan datang

Itulah artikel Isu tudung: Pindaan Akta Kerja 1955 dibentang pada sidang parlimen akan datang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isu tudung: Pindaan Akta Kerja 1955 dibentang pada sidang parlimen akan datang dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/isu-tudung-pindaan-akta-kerja-1955.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu tudung: Pindaan Akta Kerja 1955 dibentang pada sidang parlimen akan datang"

Post a Comment