Tajuk : ITULAH AKU ZAMAN DULU...! [2]
link : ITULAH AKU ZAMAN DULU...! [2]
ITULAH AKU ZAMAN DULU...! [2]
Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
1. Dulu-dulu, bagi aku hudud adalah segala-galanya. Aku aktif dalam Pas juga kerana mahukan pelaksanaan hudud. Malaysia tanpa hudud bagi aku adalah negara sekular. Orang Islam tak boleh biar negara ini berterusan menjadi negara sekular.
2. Kalau aku berceramah, kalimah hudud atau paling kurang kalimah hukum Allah mesti aku sebut. Ayat "Waman lam yahkum..." menjadi basahan lidah sepanjang masa. Orang yg tidak berhukum dgn hukum Allah dlm kefahaman aku ketika itu adalah menteri-menteri Umno.
3. Aku tak hormat langsung kpd Yusof Noor, Hamid Othman, Ismail Ibrahim, Wan Mokhtar, Hamid Zainal Abidin sebab bagi aku mereka adalah penentang hudud. Pada kaca mata aku, mereka bukan sekadar tidak layak dihormati bahkan kalau mati pun tak layak disolatkan.
4. Aku fikir, jika hudud terlaksana semua masalah akan selesai. Negara ini akan menjadi negara yg sangat makmur dan bahagia. Soal-soal lain selain hudud hanya sampingan saja dan akan beres semuanya dgn pelaksanaan hudud. Aku faham, jika diisytiharkan Pas menang jam 12 am, jam 12.30 am, Pas akan laksanakan hudud.
5. Apa tidaknya, itulah doktrin yg dipasak dlm pemikiran aku dlm usrah dan kuliah pemimpin Pas. Orang Umno memang tak boleh dibawa kira bicara kerana mereka tolak hudud. Aku terbayang-bayang, bahagianya hidup ini apabila aku boleh lihat orang berzina direjam dan pencuri dipotong tangan.
6. Ada satu surau di Perlis, kalau berkuliah di situ perlu sebut kalimah Umno kafir, atau sekurang-kurangnya tolak hukum Allah. Pengkuliah yg tak sebut begitu dianggap bukan pengkuliah bagus dan tak terjemput lagi selepas sekali berkuliah.
7. Pada ketika itu, ungkapan fiqh aulawiyyat, fiqh waqi', fiqh maalat', siyasah syariyyah, maqasid syariah jarang disebut apatah lagi dihurai secara komprehensif. Ungkapan yg kerap disebut ialah kita mahu Islam, kita mahu hukum Allah, kita mahu negara Islam tanpa dicerakinkan semua istilah itu secara ilmiah.
8. Semuanya bersalut emosi, sentimen dan kebencian kpd orang yg dilabel menolak hukum Allah. Permusuhan dgn orang kafir juga diapi-apikan. Bayangkan, ada seorang ustaz Pas di Perlis berfatwa, halal mencuri barang di pasaraya Cina kerana mereka kafir.
9. Jika dibuka sesi soal-jawab dlm kuliah, soalan popular ialah apa hukum tolak hukum Allah? Jika imam tolak hukum Allah, bolehkah menjadi makmumnya? Jika seseorang berkata hudud belum sesuai dlm realiti negara ini pada masa ini, bolehkah makan kenduri di rumah orang itu?
10. Begitulah darah muda aku ketika itu yg sentiasa dijerang dgn sentimen, semangat dan kemahuan yg meluap-luap kpd pelaksanaan hukum hudud. Sehebat mana pencapaian ilmu seseorang, kalau orang itu tidak sokong Pas utk segara laksanakan hudud, bagi aku ilmunya tak terpakai.
11. Begitulah aku dulu-dulu. Terima kasih wahai Tuhan, terima kasih wahai teman kerana menarik tanganku untuk keluar dari zon kelam itu.
Thus Article ITULAH AKU ZAMAN DULU...! [2]
Itulah artikel ITULAH AKU ZAMAN DULU...! [2] Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel ITULAH AKU ZAMAN DULU...! [2] dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/itulah-aku-zaman-dulu-2.html
0 Response to "ITULAH AKU ZAMAN DULU...! [2]"
Post a Comment