ITULAH AKU ZAMAN DULU...!

ITULAH AKU ZAMAN DULU...! - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ITULAH AKU ZAMAN DULU...!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ITULAH AKU ZAMAN DULU...!
link : ITULAH AKU ZAMAN DULU...!

Baca juga


ITULAH AKU ZAMAN DULU...!

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 

 1. Semasa aku dlm Pas dulu, aku sangka keislaman aku sudah cukup sempurna. Semua orang yg tak bersama Pas, aku anggap keislamannya cacat sekalipun dia orang alim atau bertaraf profesor pengajian Islam di universiti. 

 2. Dalam satu kursus yg pernah aku hadiri, sampai lewat pagi aku bertengkar dgn orang Abim yg kebetulan rakan sekursus aku mengenai siapa lebih Islam antara Abim dan Pas. Tiada pemenang dlm "debat bodoh" itu kerana tiada yg mengaku kalah. 

 3. Kalau orang tanya aku semasa itu tentang sebab aku bersama Pas, secara tegas aku jawab, sebab Pas mahu laksanakan hudud. Bagi aku, Umno tolak hudud dan orang tolak hudud keislamannya dipertikaikan. 

 4. Suatu masa, aku berharap aku boleh berpidato segaya Abdul Hadi. Bahkan ratusan keset ceramahnya aku jadikan koleksi peribadi. Aku kagum sekali dgn dia sehingga apa saja berkaitan dirinya aku kagumi dan anggap betul. 

 5. Pada masa itu, aku anggap ulama Pas adalah orang paling alim khususnya Abdul Hadi. Bagi aku Hamid Othman, Yusoff Noor, Ismail Ibrahim, Mahmud Zuhdi, semuanya orang jahil sebab mereka tak bersama Pas walaupun mereka ada PhD dlm pengajian Islam. 

 6. Ya ... itulah aku ketika usiaku antara 16 - 25 tahun. Ya sungguh lama aku terperosok dlm dunia ketaksuban dan ketakjuban kpd Pas. Pelikkah? Tentu tidak sebab aku membesar dlm persekitaran seratus peratus Pas. 

 7. Dalam kalangan guru aku, ada yg enggan solatkan jenazah orang Umno, enggan makan kenduri orang Umno dan enggan bermakmumkan orang Umno. Ada guruku yg sebut, kalau nampak orang Umno dia nak terbey kepala orang itu. 

 8. Aku bukan salahkan mereka, cuma sekadar berkongsi cerita. Ya... cerita bagaimana aku tenggelam dlm dunia beragama ala Pas. Adakah aku menyesal? Ya, sudah tentu, tapi masa tidak boleh diputar balik lagi. 

 9. Justeru aku tak hairan kalau ada anak muda kini yg seusia aku zaman dulu berpemikiran macam aku pada zaman itu. Cuma aku pelik kalau ada yg berusia 50 tahun tapi berotak macam aku ketika berusia 16 tahun.

Komen al-Husseyn :

Apa yang Ust Zolkharnain nyatakan diatas itu persis apa yang ramai dari kalangan kita telah turut alami.

Kita tidak nafikan kerana ketika itu dunia dakwah baru mula berkembang dan kita sedang baru meneroka 'alam baru'

Kebetulan ketika itu tidak ramai yang faseh dan petah berbicara pasal agama. Hj Hadi merupakan sosok yang menonjol dan berjaya menarik tumpuan dan perhatian ramai dan ramai yang yang menyanjunginya dan turut menyertai Pas.

Lalu ramai yang menganggap Hj Hadi adalah manusia paling bijak dan paling 'alim.

Kita yang menjadi pengikut Hj Hadi merasakan cukup sempurna Islamnya hanya kerana duduk bersamanya didalam jemaah Pas! (Kini malu nak mengakui semua ini) Tapi itulah hakikatnya.

Tetapi masih ramai lagi sahabat-sahabat yang terus beranggapan demikian dan bergelumang dengan ketaksuban dan kepalsuan.

Sebagaimana yang kita semua maklum, ALLAH SWT telah melebihkan Bani Israel kerana para rasul dan para nabi a.s. adalah kebanyakannya dilantik oleh ALLAH daripada kalangan Bani Israil.

 Kata ulama bahwa daripada 25 para rasul, hanya 5 orang sahaja yang berbangsa Arab, iaitulah seperti Nabi Soleh a.s., Nabi Syuib a.s., Nabi Hud a.s., Nabi Muhammad s.a.w. dan beberapa nama lagi; dan selebihnya adalah dikalangan Bani Israel.

Lantaran kelebihan yang Allah berikan kepada Bani Israel ini telah menyebabkan kaum ini menjadi bongkak dan sombong sebagaimana Allah paparkan dalam surah ali-Imran :

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ أُوتُواْ نَصِيبً۬ا مِّنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ يُدۡعَوۡنَ إِلَىٰ ڪِتَـٰبِ ٱللَّهِ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَهُمۡ ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٌ۬ مِّنۡهُمۡ وَهُم مُّعۡرِضُونَ (٢٣) ذَٲلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَالُواْ لَن تَمَسَّنَا ٱلنَّارُ إِلَّآ أَيَّامً۬ا مَّعۡدُودَٲتٍ۬‌ۖ وَغَرَّهُمۡ فِى دِينِهِم مَّا ڪَانُواْ يَفۡتَرُونَ (٢٤)

Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Alih-alih satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu)(23)

Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api Neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung. Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan (24)

Sikap orang-orang Yahudi dan Nasrani yang apabila mereka diseru untuk mengambil ketetapan dari apa yang terkandung di dalam kedua kitab mereka, taurat dan injil, yaitu taat kepada Allah dalam semua perintah-Nya yang ditujukan kepada mereka, yang intinya berisikan agar mereka mengikuti Nabi Muhammad Saw., maka mereka berpaling seraya membelakangi kebenaran yang terkandung di dalam kedua kitabnya.

ذلِكَ بِأَنَّهُمْ قالُوا لَنْ تَمَسَّنَا النَّارُ إِلَّا أَيَّاماً مَعْدُوداتٍ 
Hal itu adalah karena mereka mengakui, "Kami tidak akan disentuh oleh api neraka selain beberapa hari yang dapat dihitung." (Ali Imran: 24)

Yakni sesungguhnya yang mendorong dan membuat mereka berani menentang perkara yang hak (kebenaran) ialah karena ulah buat-buatan mereka sendiri, yaitu kebohongan-kebohongan mereka terhadap Allah yang mereka dakwakan untuk diri mereka sendiri, yaitu bahwa mereka hanya disiksa di dalam neraka selama tujuh hari; setiap seribu tahun dunia hanya satu hari. Tafsir hal ini dikemukakan di dalam surat Al-Baqarah.

Kemudian Allah Swt. berfirman:

 وَغَرَّهُمْ فِي دِينِهِمْ مَا كانُوا يَفْتَرُونَ 

Mereka diperdayakan dalam agama mereka oleh apa yang selalu mereka ada-adakan. (Ali Imran: 24)

Yakni mengukuhkan mereka untuk berpegang kepada agama mereka yang batil, hal-hal yang memperdayakan diri mereka sendiri, yaitu dugaan mereka yang menyatakan bahwa api neraka tidak akan menyentuh mereka karena dosa-dosa mereka kecuali hanya beberapa hari yang dapat dihitung. Padahal mereka sendirilah yang membuat-buat kedustaan ini terhadap diri mereka, sedangkan Allah tidak pernah menurunkan suatu bukti pun yang mengukuhkan dugaan mereka itu. Allah Swt.

Demikianlah kebanyakan kita yang pernah taksub dengan Hj Hadi dan parti lama itu dahulu.

Kita dulu begitu percaya bahawa hanya Islam kitalah yang paling benar dan paling suci disisi Allah kerana kita berada dalam jemaah Pas. Rupa-rupanya kita semua telah diperdayakan oleh mereka dengan dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan.


Thus Article ITULAH AKU ZAMAN DULU...!

Itulah artikel ITULAH AKU ZAMAN DULU...! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ITULAH AKU ZAMAN DULU...! dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/itulah-aku-zaman-dulu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ITULAH AKU ZAMAN DULU...!"

Post a Comment