Jam Rolex, bag tangan berjenama dicuri dari rumah di Ipoh

Jam Rolex, bag tangan berjenama dicuri dari rumah di Ipoh - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jam Rolex, bag tangan berjenama dicuri dari rumah di Ipoh, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jam Rolex, bag tangan berjenama dicuri dari rumah di Ipoh
link : Jam Rolex, bag tangan berjenama dicuri dari rumah di Ipoh

Baca juga


Jam Rolex, bag tangan berjenama dicuri dari rumah di Ipoh

THE MALAYSIAN TIMES
 


IPOH: Beg berjenama Fendi, Chanel dan Hermes serta jam tangan Rolex antara barangan berharga yang dilarikan dalam kejadian pecah rumah di Bandar Baru Tambun di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata kerugian keseluruhan yang dialami mangsa, seorang peniaga wanita berumur 41 tahun, dianggar kira-kira RM175,000.

“Beberapa barangan dalam beg tersebut, pasport antarabangsa milik mangsa turut dicuri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa 8.20 malam tadi, wanita itu memaklumkan dia keluar rumah kira-kira pukul 9 pagi dan telah memeriksa rumahnya berada dalam berkunci.

“Apabila pulang ke rumah kira-kira pukul 6.30 petang (hari yang sama) dia mendapati pintu pagar sebelah telah rosak dan senget manakala jeriji tingkap dan pintu telah dipotong.

“Mangsa turut menjumpai pemotong besi, batang besi panjang, sarung tangan dan beg berwarna merah yang ditinggalkan suspek di rumahnya,” katanya.

Dalam kes berasingan, Mohd Ali berkata seorang peniaga mengalami kerugian RM120,000 apabila rumahnya di Taman Buntong Mutiara di sini yang dijadikan tempat menyimpan barangan telah dipecah masuk.

Katanya mangsa memaklumkan barangan yang dibawa lari termasuk telefon bimbit, jam tangan berjenama Guess, jongkong emas seberat 400 gram yang dibeli untuk tujuan perniagaan.

Beliau berkata suspek dipercayai memecah masuk rumah tersebut melalui pintu utama (sliding door) kerana terdapat kesan umpil pada pintu tersebut.

“Apabila mangsa memeriksa setiap bilik, dia mendapati kipas di bilik tetamu masih berpusing manakala barang miliknya serta isteri di bilik utama telah dibungkus dengan plastik hitam dan diletakkan di atas tilam serta lantai,” katanya.

Menurut Mohd Ali, kali terakhir mangsa keluar dari rumah itu adalah pada malam Isnin (1 Jan) dan mangsa tidak mengesyaki sesiapa yang memecah masuk rumahnya.

“Rumah pengadu tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup dan tiada saksi bebas yang lihat kejadian. Bagaimanapun polis telah mengesan satu cap jari,” katanya sambil menambah kedua-dua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan curi.– Bernama



Thus Article Jam Rolex, bag tangan berjenama dicuri dari rumah di Ipoh

Itulah artikel Jam Rolex, bag tangan berjenama dicuri dari rumah di Ipoh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jam Rolex, bag tangan berjenama dicuri dari rumah di Ipoh dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/jam-rolex-bag-tangan-berjenama-dicuri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jam Rolex, bag tangan berjenama dicuri dari rumah di Ipoh"

Post a Comment