Jenazah Ustaz Murtadha selamat dikebumikan

Jenazah Ustaz Murtadha selamat dikebumikan - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jenazah Ustaz Murtadha selamat dikebumikan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jenazah Ustaz Murtadha selamat dikebumikan
link : Jenazah Ustaz Murtadha selamat dikebumikan

Baca juga


Jenazah Ustaz Murtadha selamat dikebumikan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SUNGAI PETANI: Pendakwah bebas, Murtadha Mohd Yusof, 31, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi di Hospital Taiping selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Penghulu Him di sini, Sabtu.
 
Ibunya, Noorshams Mohd Nazir, 60, berkata, anak ketiganya itu mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selama 11 hari selepas kereta dipandunya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 200.9 Lebuh Raya Utara Selatan pada 3 Januari lalu pada pukul 7 malam.
 
"Dia alami kecederaan serius di bahagian kepala dan kali terakhir saya melihatnya Khamis lalu, kira-kira pukul 11 pagi di hospital itu.
 
"Turut alami kecederaan dalam kemalangan itu, termasuk dua rakanya, Mohamad Wadi Anuar Ayub dan Hambali Zulkifli serta bapanya sendiri, Yusof Ahmad, 63 tahun," katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Bakar Kapor, Sungai Petani di sini.
 
Noorshams berkata, mereka sebelum itu berpeluang mengadakan kuliah agama di Riau, Indonesia.
 
"Sewaktu dalam perjalanan balik ke Sungai Petani, mereka dikatakan turun dari menaiki kapal terbang di KLIA.
 
"Bagaimanapun, kereta jenis Nissan Grand Livina yang mereka naiki itu sebelum sampai di Sungai Petani dipercayai terbabas semasa tiba di Taiping dan anak saya, Murtadha terus tidak sedarkan diri dan meninggal dunia akibat mengalami pendarahan dalam otak," katanya.
 
Menurutnya, anaknya itu merupakan bekas pelajar Sekolah Agama Deris Sungai Layar di sini dan sering diundang menyampai ceramah agama di negeri Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
 
Murtadha yang kini dalam rancangan membina Masjid Darul Murtadha di Kampung Teluk, Sungai Layar di sini meninggalkan seorang isteri, Nurul Ana Shafie, 30, serta dua  anak lelaki, Abdul Rahman Faqeh, 4, dan Abdul Rahman Naufal, 2



Thus Article Jenazah Ustaz Murtadha selamat dikebumikan

Itulah artikel Jenazah Ustaz Murtadha selamat dikebumikan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jenazah Ustaz Murtadha selamat dikebumikan dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/jenazah-ustaz-murtadha-selamat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jenazah Ustaz Murtadha selamat dikebumikan"

Post a Comment