Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas

Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas
link : Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas

Baca juga


Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Kumpulan “Ayah Nun” yang aktif mengedar dan menjual air ketum di sekitar ibu kota tumpas selepas polis menahan empat lelaki dipercayai anggota kumpulan itu di Taman Setapak di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata kesemua suspek berumur 21 hingga 56 tahun itu ditahan selepas didapati menjual air ketum pada harga RM10 satu peket.

Beliau berkata hasil maklumat awam, polis telah menyerbu sebuah rumah di Setapak pada 3.45 petang Isnin dan merampas 96 bungkusan plastik daun ketum seberat 96 kilogram, 217 plastik disyaki air ketum seberat 173.6 liter dan satu besen besar daun ketum seberat 20 kilogram.

“Hasil siasatan mendapati kumpulan berkenaan telah aktif selama tiga bulan dan ia dijual kepada individu di pasar-pasar sekitar Kuala Lumpur serta digunakan bagi menggantikan ketagihan dadah.

“Kami dapati kesemua suspek memperoleh daun ketum daripada negeri sebelah utara dan ia dipercayai dibawa (ke ibu kota) menggunakan penghantaran bas ekspres dalam kuantiti 50 sehingga 60 kilogram bagi diproses menjadi air ketum,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mazlan berkata siasatan juga mendapati kumpulan itu turut dibantu oleh ejen-ejen di ibu kota bagi memproses dan menjual air ketum.

“Oleh yang demikian, saya menasihatkan kepada semua pengusaha bas ekspres agar memeriksa barangan penumpang bas yang dicurigai supaya mereka tidak menjadi tunggangan untuk menghantar daun ketum.

“Kesemua suspek kini direman selama seminggu sehingga Ahad ini di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya sambil menambah jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM6,376.

Sementara itu, Mazlan juga berkata sebanyak 1,236 individu ditahan kerana kesalahan berkaitan dadah dalam 74 serbuan di pusat hiburan di ibu negara bagi tempoh sepanjang Januari hingga Disember tahun lepas.

Beliau berkata penahanan itu membabitkan 777 lelaki dan 459 wanita.

“Selain itu, polis turut membuat rampasan dadah dianggarkan bernilai sebanyak RM82,117,” katanya.–Bernama



Thus Article Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas

Itulah artikel Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/jual-air-ketum-kumpulan-ayah-nun-tumpas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jual air ketum: Kumpulan ‘Ayah Nun’ tumpas"

Post a Comment