Jumlah kerusi MCA tanding PRU14 masih sama

Jumlah kerusi MCA tanding PRU14 masih sama - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jumlah kerusi MCA tanding PRU14 masih sama, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jumlah kerusi MCA tanding PRU14 masih sama
link : Jumlah kerusi MCA tanding PRU14 masih sama

Baca juga


Jumlah kerusi MCA tanding PRU14 masih sama

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, parti itu akan mengekalkan jumlah kerusi dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14).
 
Beliau berkata, jumlah itu adalah yang ditetapkan oleh Barisan Nasional (BN) sejak dulu, namun MCA terbuka untuk sebarang perubahan kerusi.
 
"Kita tidak akan tambah atau mungkin tidak akan kurangkan jumlah kerusi. Bagi saya isu kerusi tidak ada masalah dalam BN kerana semua parti sudah diagihkan sejak dulu lagi.
 
"Kalau ada pertukaran kerusi, itu adalah antara komponen parti dan tiada masalah untuk berbincang mengenainya," katanya kepada media selepas majlis penyampaian anugerah penghargaan kepada kakitangan KTMB oleh Kelab Rotary, di Stesen Sentral, di sini, hari ini.
 
Beliau diminta mengulas mengenai bilangan kerusi yang akan dipertandingkan MCA menjelang PRU-14.
 
Pada PRU-13, parti itu bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 Dewan Undangan Negeri (DUN).
 
Bagaimanapun MCA hanya memenangi tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN berbanding 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi negeri ketika PRU 2008.
 
Liow berkata, parti itu juga sudah menghantar senarai calon kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak untuk dipertimbangkan.
 
"Kita dalam proses perbincangan dan beliau (Najib) juga katakan bahawa (mengenai) isu calon, tunggu selepas perbincangan baru kita buat pengumuman," katanya.
 
Beliau berkata lebih 50 peratus daripada calon yang dikemukakan MCA adalah muka baru selain turut membabitkan calon pertengahan usia dan veteran bagi memastikan kemenangan parti itu dalam pilihan raya kali ini.
 
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Liow berkata, setiap ahli MCA diarah bekerja keras daripada peringkat akar umbi tanpa mempersoalkan sama ada mereka terpilih sebagai calon atau sebaliknya.
 
Katanya sebarang isu membabitkan calon daripada parti itu juga tidak akan dibincangkan secara umum termasuk menerusi media sebaliknya hanya akan dibincangkan secara dalaman.
 
"Kita sekarang dalam persiapan untuk menghadapi pilihan raya dan (masalah) calon tidak boleh dijadikan satu isu," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan yang menyebut bahawa Setiausaha Agung MCA yang juga ahli parlimen Tanjung Malim, Datuk Seri Ong Ka Chuan menarik diri untuk bertanding dalam PRU 14
 
 


Thus Article Jumlah kerusi MCA tanding PRU14 masih sama

Itulah artikel Jumlah kerusi MCA tanding PRU14 masih sama Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jumlah kerusi MCA tanding PRU14 masih sama dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/jumlah-kerusi-mca-tanding-pru14-masih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jumlah kerusi MCA tanding PRU14 masih sama"

Post a Comment