Kehilangan mata wang asing RM8.3 juta: 3 lelaki diberkas

Kehilangan mata wang asing RM8.3 juta: 3 lelaki diberkas - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kehilangan mata wang asing RM8.3 juta: 3 lelaki diberkas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kehilangan mata wang asing RM8.3 juta: 3 lelaki diberkas
link : Kehilangan mata wang asing RM8.3 juta: 3 lelaki diberkas

Baca juga


Kehilangan mata wang asing RM8.3 juta: 3 lelaki diberkas

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes kehilangan mata wang asing yang dianggarkan bernilai RM8.3 juta milik sebuah syarikat pemborong mata wang dalam dua tangkapan berasingan di ibu negara pada Sabtu dan semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata suspek yang masing-masing berusia 33, 41 dan 43 tahun itu ditangkap selepas polis menerima laporan daripada syarikat pemborong mata wang terbabit pada Jumaat lepas.

“Ketiga-tiga mereka bekerja sebagai ‘runner’ untuk syarikat pengurup wang dan kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Difahamkan, seorang pekerja syarikat pemborong berkenaan ditugaskan untuk mengedarkan mata wang Thailand bernilai 85 juta baht kepada beberapa syarikat pengurup wang, namun wang itu tidak sampai kepada pengurup terbabit.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan tentang kebimbangan syarikat pengurup wang akan mengalami kekurangan bekalan mata wang asing untuk diniagakan susulan kes berkenaan.– Bernama



Thus Article Kehilangan mata wang asing RM8.3 juta: 3 lelaki diberkas

Itulah artikel Kehilangan mata wang asing RM8.3 juta: 3 lelaki diberkas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kehilangan mata wang asing RM8.3 juta: 3 lelaki diberkas dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/kehilangan-mata-wang-asing-rm83-juta-3.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kehilangan mata wang asing RM8.3 juta: 3 lelaki diberkas"

Post a Comment