‘Kerajaan negeri tidak bayar sesen untuk projek terowong dasar laut’

‘Kerajaan negeri tidak bayar sesen untuk projek terowong dasar laut’ - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Kerajaan negeri tidak bayar sesen untuk projek terowong dasar laut’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Kerajaan negeri tidak bayar sesen untuk projek terowong dasar laut’
link : ‘Kerajaan negeri tidak bayar sesen untuk projek terowong dasar laut’

Baca juga


‘Kerajaan negeri tidak bayar sesen untuk projek terowong dasar laut’


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan kerajaan negeri tidak membayar sesen pun untuk projek terowong dasar laut di negeri itu.

 Sehubungan itu, beliau menyifatkan dakwaan media pro-Barisan Nasional (BN) kononnya ahli politik kerajaan negeri menerima rasuah sebagai penipuan semata-mata.

 “Laporan media BN mengenai sogokan kepada ahli-ahli politik Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini jelas merupakan satu penipuan kerana bagaimana sogokan berlaku apabila tiada satu sen pun yang dibayar untuk projek terowong dasar laut ini,” tegasnya dalam kenyataan.

 Malah, menurut Guan Eng, projek terowong dasar laut termasuk tiga lebuh raya yang bernilai RM6.3 bilion dijalankan melalui tender terbuka.

 “Di manakah rasuahnya apabila keseluruhan projek dijalankan melalui tender terbuka kompetitif yang dibuat oleh Lembaga Tender Negeri Pulau Pinang?” soal Setiausaha Agung DAP itu.

 Selain itu, menurut beliau, HSSI Sdn Bhd dilantik selaku Jurutera Pemeriksa Bebas (ICE) bagi melindungi kerajaan negeri daripada penyelewengan dan salah laku.

 Namun laporan media pro-BN tidak menyatakan mengenai penglibatan HSSI dalam laporan palsu mereka. 9 “Jika benar berlaku sogokan, ini bermakna HSSI juga terlibat dalam perbuatan rasuah ini. Tetapi tiada sebarang laporan dalam media BN yang mengatakan HSSI Sdn Bhd juga terlibat.

“Jadi bagaimana sogokan yang didakwa berlaku itu boleh terjadi apabila tiada kebenaran dan persetujuan dari HSSI Sdn Bhd?” soalnya.

 HSSI kata Ahli Parlimen Bagan itu mengesahkan dan memperakui reka bentuk dan tuntutan yang dibuat kontraktor projek, Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (Zenith).

 Malah, katanya, HSSI juga dilantik Lembaga Tender Negeri dan sebarang bayaran akan dibuat hanya dengan syor syarikat terbabit.

 “Mekanisme kawalan dalaman telah melantik pihak profesional bebas dari luar untuk mengesyorkan pembayaran sama ada secara tunai atau pertukaran tanah.

 “Ini menjadikannya mustahil untuk ahli politik atau pegawai kerajaan bagi menentukan jumlah bayaran, dan sama ada perlu atau tidak pembayaran tersebut dibuat.

 “Jadi, bagaimana ahli-ahli politik dikatakan boleh menerima sogokan apabila mereka sendiri tidak diberikan kuasa untuk membuat pembayaran, atau sama ada membayar atau tidak membayar?” soalnya lagi. – roketkini


Thus Article ‘Kerajaan negeri tidak bayar sesen untuk projek terowong dasar laut’

Itulah artikel ‘Kerajaan negeri tidak bayar sesen untuk projek terowong dasar laut’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Kerajaan negeri tidak bayar sesen untuk projek terowong dasar laut’ dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/kerajaan-negeri-tidak-bayar-sesen-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "‘Kerajaan negeri tidak bayar sesen untuk projek terowong dasar laut’"

Post a Comment