Khairuddin naik berang terhadap kenyataan Rais Yatim dan Abu Zahar Ujang

Khairuddin naik berang terhadap kenyataan Rais Yatim dan Abu Zahar Ujang - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Khairuddin naik berang terhadap kenyataan Rais Yatim dan Abu Zahar Ujang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Khairuddin naik berang terhadap kenyataan Rais Yatim dan Abu Zahar Ujang
link : Khairuddin naik berang terhadap kenyataan Rais Yatim dan Abu Zahar Ujang

Baca juga


Khairuddin naik berang terhadap kenyataan Rais Yatim dan Abu Zahar Ujang

Puluhan ‘nyamuk’ dalam Umno-BN perlu dibakar, bidas Khairuddin
MALAYSIA DATELINE  -  January 11, 2018 12:48 pm
Veteran Umno Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Tan Sri Rais Yatim diminta tidak berselindung terhadap isu yang berlaku membabitkan Datuk Seri Mohd Najib Razak sehingga sanggup melabelkan pemimpin pembangkang sebagai “seekor nyamuk”.

Ketua Koordinator Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berkata, pemimpin veteran Umno hanya bijak untuk berkata-kata menyerang pemimpin pembangkang tetapi bersikap membisu terhadap pemimpin Umno yang secara terang-terangnya melanggari undang-undang dan terkait dengan pelbagai isu rasuah dalam negara.

“Apa maksud Abu Zahar kerana ‘nyamuk seekor kelambu dibakar’ ?

“Masalah di sini bukan ‘seekor nyamuk’ saja tetapi puluhan nyamuk-nyamuk umno dan BN kini sedang mengancam wabak penyakit ‘aedes’ yang bakal mematikan jutaan rakyat Malaysia!

“Sekiranya Abu Zahar tahu nyamuk yang seekor itu membahayakan serta memudaratkan bangsa dan negara; kenapa tak bunuh saja dari awal?

“Mengapa semua berkompromi mempertahankan nyamuk yang seekor itu kalau dah tahu ianya membahayakan jutaan nyawa rakyat Malaysia?

“Bunuh sajalah nyamuk seekor itu dari awal agar tak perlu kita bakar kelambu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Tan Sri Rais Yatim (kiri) dan (kanan) Tan Sri Abu Zahar Ujang

Beliau mengulas kenyataan Abu Zahar semalam yang dilaporkan berkata, dengan lebihan kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk sebenanrya pecahkan undi orang Melayu di beberapa kawasan.

Abu Zahar turut berpesan kepada Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad jangan kerana nyamuk seekor kelambu dibakar. Beliau merujuk kepada perjuangan Bersatu yang hanya untuk menumbangkan Najib semata-mata.

Manakala Rais pula berpandangan dengan pembahagian kerusi yang diperolehi PKR, Bersatu,AMANAH itu jelas menunjukkan DAP lebih berkuasa kerana 35 kerusi Parlimen yang diperoleh DAP itu akan terus kekal dimenangi dalam pilihan raya akan datang berbanding kerusi-kerusi agihan parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan.

Menurut Khairuddin lagi, rakyat hari ini sudah mula sedar pemerintahan Umno-BN tidak lagi relevan, katanya.

“Umno dan BN perintah negara kita terlalu lama. Pemimpin-pemimpin umno dan BN terlalu korup serta salahguna kuasa dalam segenap segi.Mereka semua mengkhianati bangsa dan negara.

” Keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia sudah sedar umno dan BN sudah tidak relevan lagi.

“Kaki bodek nombor satu Rais dan Abu Zahar boleh beri pandangan mereka. Itu hak mereka dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

“Pemimpin-pemimpin veteran macam mereka cakap saja pandai. Tapi mana berani nak tegur kemungkaran perdana menteri paling korup dari membela bangsa, agama dan tanahair.

“Rais dan Abu zahar juga tidak relevan lagi. Kemungkinannya mereka berdua masih tak nampak pengkhianatan umno serta BN kepada bangsa dan negara.Bangsa serta negara kita sedang berada di ambang kehancuran,” tegasnya.


Thus Article Khairuddin naik berang terhadap kenyataan Rais Yatim dan Abu Zahar Ujang

Itulah artikel Khairuddin naik berang terhadap kenyataan Rais Yatim dan Abu Zahar Ujang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Khairuddin naik berang terhadap kenyataan Rais Yatim dan Abu Zahar Ujang dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/khairuddin-naik-berang-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Khairuddin naik berang terhadap kenyataan Rais Yatim dan Abu Zahar Ujang"

Post a Comment