Kuil roboh: MB Johor minta rakyat bertenang

Kuil roboh: MB Johor minta rakyat bertenang - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kuil roboh: MB Johor minta rakyat bertenang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kuil roboh: MB Johor minta rakyat bertenang
link : Kuil roboh: MB Johor minta rakyat bertenang

Baca juga


Kuil roboh: MB Johor minta rakyat bertenang

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggesa agar rakyat bertenang susulan isu perobohan kuil Hindu di Masai, Johor, semalam.
 
Khaled berkata, isu berkenaar berpunca dari pertikaian tanah yang berlarutan begitu lama dan kerajaan negeri akan berusaha memberi penyelesaian yang paling adil dan munasabah.
 
“Ekoran keseriusan isu ini, kerajaan negeri menggesa semua pihak bersikap toleransi, rasional dan terbuka serta tidak terburu-buru dalam menilai perkara ini.
 
“Kami berharap semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Khaled berkata pemilik tanah ketika ini membeli tanah berkenaan pada 1995 dan mengeluarkan beberapa notis pungusiran kepada pihak kuil itu sejak 2015.
 
Akhirnya, pemilik tanah berkenaan mendapat perintah mahkamah pada Julai tahun lalu.
 
“Penyelesaian segera yang diketengahkan kerajaan negeri ketika ini adalah dengan menawarkan plot tanah baru sebagai ganti kepada kuil itu.
 
“Bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh pihak pengurusan kuil, yang bertegas untuk kekal di tanah itu, yang menyebabkan isu ini berlarutan,” kata Khaled.
 
Khaled berkata kerajaan negeri kesal atas kejadian itu dan menyatakan simpati.
 
Dalam perkembangan sama, pemimpin MIC Johor M Asojan berkata pemilik tanah berkenaan merupakan warga asing dan tidak faham dengan sensitiviti agama rakyat Malaysia.
 
Beliau berkata MIC akan memberi sokongan yang diperlukan kepada jawatankuasa kuil bagi memudahkan pemindahan kuil berkenaan ke tanah baru yang disediakan kerajaan negeri.
“Ketika mesyuarat dengan jawatankuasa kuil, mereka minta untuk kekal di tanah yang sama.
 
“MIC sedang menyusun sebuah perjumpaan dengan menteri besar bagi menyampaikan dan meyakinkan beliau berkenaan permintaan ini, dengan harapan kerajaan negeri akan bersetuju,” kata Asojan.
 
 


Thus Article Kuil roboh: MB Johor minta rakyat bertenang

Itulah artikel Kuil roboh: MB Johor minta rakyat bertenang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kuil roboh: MB Johor minta rakyat bertenang dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/kuil-roboh-mb-johor-minta-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kuil roboh: MB Johor minta rakyat bertenang"

Post a Comment