Tajuk : Lelaki lontar bom petrol ke gereja dan kuil Jalan Hamzah
link : Lelaki lontar bom petrol ke gereja dan kuil Jalan Hamzah
Lelaki lontar bom petrol ke gereja dan kuil Jalan Hamzah
ANTARAPOSKOTA BHARU: Beberapa keping cermin bangunan yang menempatkan sebuah gereja dan kuil di Jalan Hamzah, di sini pecah selepas dilontar objek keras dipercayai bom petrol oleh seorang lelaki, tengah malam tadi.
Kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu disedari paderi gereja , Goo Siew Lai , 42, yang terdengar bunyi cermin pecah ketika beliau sedang membaca buku di tingkat dua gereja terbabit.
Menurut Siew Lai, beliau bergegas meninjau keluar tingkap dan ternampak seorang lelaki sedang membaling sesuatu objek ke arah cermin gereja beberapa kali.
“Selepas itu, dia cepat-cepat beredar dengan menaiki sebuah kereta jenis Nissan Lavina berwarna putih.
“Semasa mahu membuat pusingan, kereta terbabit terlanggar sebuah motosikal ditunggang dua pemuda namun pemandunya tidak berhenti, sebaliknya memecut laju meninggalkan lokasi,” katanya kepada pemberita hari ini.
Siew Lai berkata, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan sebuah objek dipercayai bom petrol, namun tiada kejadian tidak diingini berlaku.
“Kerugian dianggarkan RM3,000 dan ini merupakan kejadian kedua berlaku dalam masa seminggu. Kejadian hampir sama berlaku pada 3 Januari lalu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu hari ini.
Thus Article Lelaki lontar bom petrol ke gereja dan kuil Jalan Hamzah
Itulah artikel Lelaki lontar bom petrol ke gereja dan kuil Jalan Hamzah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Lelaki lontar bom petrol ke gereja dan kuil Jalan Hamzah dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/lelaki-lontar-bom-petrol-ke-gereja-dan.html
0 Response to "Lelaki lontar bom petrol ke gereja dan kuil Jalan Hamzah"
Post a Comment