‘Luaskan peluang pekerjaan kepada anak muda Melayu’

‘Luaskan peluang pekerjaan kepada anak muda Melayu’ - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Luaskan peluang pekerjaan kepada anak muda Melayu’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Luaskan peluang pekerjaan kepada anak muda Melayu’
link : ‘Luaskan peluang pekerjaan kepada anak muda Melayu’

Baca juga


‘Luaskan peluang pekerjaan kepada anak muda Melayu’

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
 
 

KUALA LUMPUR – Kluster Belia dan Mahasiswa UMMAH menuntut kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada graduan universiti tempatan, khususnya golongan Melayu Islam.

Naib Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Muhamad Faizzuddin Mohd Zai berkata, amat malang bagi golongan muda Melayu Islam dalam sektor pekerjaan di negara ini kerana bangsa lain lebih banyak diterima bekerja.

“Mengikut kajian, didapati 24 peratus pemohon bangsa Cina dipanggil untuk temu duga, berbanding hanya 6.8 peratus golongan Melayu diterima untuk temu duga di syarikat milik Cina.

“Kajian juga mendapati syarikat dimiliki Melayu sendiri memilih orang Cina di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon graduan Cina adalah 6.8 peratus, berbanding hanya 4.8 peratus daripada golongan Melayu.

“Bagi syarikat antarabangsa pula, sehingga 22.9 peratus calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan,” katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Kebangkitan Ummah yang diadakan di Dewan Muktamar Pusat Islam, di sini, hari ini.

Berikutan itu, kerajaan perlu memandang berat perkara ini kerana tidak mahu bangsa lain berterusan mendominasi peluang pekerjaan sehingga menyukarkan anak muda Islam untuk berkembang.

“Perkukuhkanlah kuasa ekonomi Melayu Islam di negara ini. Pelihara dan bantulah anak muda Melayu Islam dalam segenap perkara untuk mempersiapkan diri mereka menjadi pewaris kepada tanah air yang kita cintai bersama hari ini,” katanya.

Seramai 1,500 orang terdiri daripada pelbagai NGO Islam, tokoh-tokoh Agama, ilmuan dan alim ulama serta individu-individu yang prihatin terhadap Islam dari seluruh negara hadir pada Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU), hari ini.

KKU merupakan inisiatif Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) untuk membincangkan bidang-bidang yang menjadi kepentingan umat Islam ke arah mencapai objektif Ummah.




Thus Article ‘Luaskan peluang pekerjaan kepada anak muda Melayu’

Itulah artikel ‘Luaskan peluang pekerjaan kepada anak muda Melayu’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Luaskan peluang pekerjaan kepada anak muda Melayu’ dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/luaskan-peluang-pekerjaan-kepada-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Luaskan peluang pekerjaan kepada anak muda Melayu’"

Post a Comment