Mahathir mahu Pas nyatakan calon PM pilihan BN atau PH

Mahathir mahu Pas nyatakan calon PM pilihan BN atau PH - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mahathir mahu Pas nyatakan calon PM pilihan BN atau PH, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mahathir mahu Pas nyatakan calon PM pilihan BN atau PH
link : Mahathir mahu Pas nyatakan calon PM pilihan BN atau PH

Baca juga


Mahathir mahu Pas nyatakan calon PM pilihan BN atau PH

 
Mahathir mahu Pas nyatakan calon PM pilihan BN atau PH



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pas perlu mengumumkan siapa calon perdana menteri bagi parti itu sekiranya Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Bekas perdana menteri itu berkata, dengan menamakan calon perdana menteri pilihan Pas ia akan memberi peluang kepada parti itu untuk menang pilihan raya.

“Kita nak tahu siapa calon PM dia (Pas)? Dia calon Najib kah atau saya kah?. Itu kita (PH) nak tahu.

“Jika dia bagi tahu calon dia (Pas), saya ingat dia boleh menang kalau orang suka pada calon dia,” ujarnya.

Pas yang bercadang untuk bertanding 135 kerusi tetapi hanya mengharapkan kemenangan bagi 40 kerusi sahaja pernah mengeluarkan kenyataan oleh pimpinannya bahawa pemimpin parti itu akan dilantik menjadi perdana menteri walaupun dalam PRU14 tidak menang banyak kerusi.

“Kita pun tak tahu sama ada Najib akan pimpin BN atau tidak.Dengar-dengar orang Umno tidak senang dengan Najib.

“Mereka kata Najib dipanggil penyanggak. Macamana kita nak ambil penyanggak jadi perdana menteri kita.

“Itu pendapat orang Umno yang disampaikan kepada saya dengan permintaan supaya jangan dedah namanya.

“Bagaimana kita nak ambil Najib jadi perdana menteri?”dakwa Dr Mahathir lagi.

Beliau menjawab pertanyaan media mengenai wujudnya ‘pakatan sulit’ antara Umno dan Pas di negeri Kelantan untuk memberikan kemenangan kepada Pas menerajui negeri itu, tetapi ia tidak mendapat sokongan Pengerusi Umno Negeri Kelantan Datuk Mustapha Mohamad.

Ditanya mengenai PKR Negeri Selangor yang tidak bersetuju beliau sebagai calon perdana menteri Dr Mahathir, berkata, ia sebagai perkara dalaman parti yang tidak sepatutnya dibincangkan dengan media.

“Kita bukan nak tolak sesiapa. tentu ada orang tak setuju.Kita runding tengok kenapa tak setuju, siapa calon ganti.

“Ini semua perkara dalaman, tak payahlah media ambil tahu,” ujarnya.

Pada 8 Januari lalu pemimpin-pemimpin PKR Selangor menyatakan penolakan mereka terhadap pemilihan Pengerusi Bersatu itu sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan.

Mereka berpendapat pemilihan Mahathir menggambarkan parti itu tidak mampu menamakan calon sendiri dan mencadangkan Dr Mahathir sebagai menteri kanan.

Dalam Konvensyen PH pada 7 Januari lalu telah mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri, manakala Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail pula menjadi timbalannya.



Thus Article Mahathir mahu Pas nyatakan calon PM pilihan BN atau PH

Itulah artikel Mahathir mahu Pas nyatakan calon PM pilihan BN atau PH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mahathir mahu Pas nyatakan calon PM pilihan BN atau PH dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/mahathir-mahu-pas-nyatakan-calon-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahathir mahu Pas nyatakan calon PM pilihan BN atau PH"

Post a Comment