Mara, kerajaan digesa jawab laporan media asing

Mara, kerajaan digesa jawab laporan media asing - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mara, kerajaan digesa jawab laporan media asing, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mara, kerajaan digesa jawab laporan media asing
link : Mara, kerajaan digesa jawab laporan media asing

Baca juga


Mara, kerajaan digesa jawab laporan media asing

Beli hartanah di Melbourne: Mara, kerajaan digesa jawab laporan media asing
MALAYSIA DATELINE  -  February 1, 2018 8:31 am
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan kerajaan digesa segera membuat pernyataan balas terhadap dakwaan media asing berkaitan pembabitan agensi kerajaan itu membeli hartanah di Melbourne, Australia.

Presidennya Brid Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata, pendedahan oleh akhbar Sydney Morning Herald (SMH) bertarikh 27 Januari lalu, jelas melaporkan, berlaku transaksi berhubung pembelian sebuah hartanah di Australia menerusi dana awam Malaysia.

“Patriot dan semua rakyat Malaysia sedang menunggu Pengerusi MARA dan menteri bertanggungjawab agar segera membuat pernyataan balas terhadap laporan SMH.

“SMH melaporkan dana awam dari Malaysia telah mengakibatkan A$ 18.3juta telah masuk ke dalam saku para konspirator, pegawai-pegawai perasuah dari Malaysia.

“Skandal ini melibatkan penilaian berlebihan ke atas bangunan pangsapuri kota 280 bilik, UniLodge yang mana Mara didakwa terbabit,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun beliau berasa kesal kerana laporan media asing itu tidak mendapat sebarang pernyataan balas daripada pengerusi dan menteri yang dipertangungjawabkan.

“Empat hari telah berlalu dan tidak kedengaran sebarang reaksi daripada mereka. Mengapa senyap sunyi berhubung skandal yang didakwa ini? Di manakah akauntabiliti?

“Akal dan etika yang baik menuntut menteri bertanggungjawab supaya segera membuat pernyataan bagi menanggapi laporan SMH ini.

“Rakyat Malaysia menuntut siasatan menyeluruh dan pencerahan yang jelas mengenai apa yang berlaku. Mereka yang disiasat mesti melepaskan semua jawatan yang sedang disandang.

“Sekiranya suatu kesalahan terbukti dilakukan, pihak yang bersalah mesti dihukum dengan sewajarnya,” ujarnya.

Kata Mohd Arshad lagi, Patriot mengingatkan kepada kerajaan bahawa dana awam mesti dibelanjakan secara berhemah demi kebaikan rakyat.

“Pembelian apa-apa barang, kelengkapan, dan bangunan, pada harga melampau (overinflated prices) tidak boleh diterima.

“Kami menghimbau laporan yang mengejutkan pada tahun 1982 oleh Ketua Audit Negara mengenai harga belian sebungkus mee segera pada harga RM4.00, sedangkan harga pasaran pada masa itu hanya 30 sen. Sejak itu, laporan tahunan ketua audit terus menerus mendedahkan pernyataan yang mengejutkan berhubung penyalahgunaan kuasa.

“Tindakan tidak masuk akal oleh jabatan-jabatan kerajaan dan penjawat-penjawat awam membuat pembelian pada harga melambung melampau mesti berhenti serta-merta,” ujarnya.

Media antarabangsa, melaporkan institusi kerajaan itu membeli sebuah bangunan di Jalan Swaston, Melbourne yang telah dibeli pada harga terlalu mahal berbanding harga jualan.

The Sydney Morning Herald di pautannya, dipetik menyatakan bahawa sejurus transaksi hartanah ini berjaya dijalankan oleh pihak Mara, wang sebanyak RM10.05juta (A$3.2juta) telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi seorang bekas pengerusi Mara Inc sewaktu beliau memohon untuk ditingkatkan nilaian harga bangunan tersebut.

Mara memiliki empat hartanah mewah di Australia iaitu 7-13 Dudley Street, Caulfield East, Melbourne; 333 Exhibition Street, Melbourne; 51 Queen Street, Melbourne dan 746 Swanston Street, Carlton, Melbourne.


Thus Article Mara, kerajaan digesa jawab laporan media asing

Itulah artikel Mara, kerajaan digesa jawab laporan media asing Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mara, kerajaan digesa jawab laporan media asing dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/mara-kerajaan-digesa-jawab-laporan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mara, kerajaan digesa jawab laporan media asing"

Post a Comment