Masalah pengangkutan awam di Johor perlu diselesaikan segera, kata Awan Johor

Masalah pengangkutan awam di Johor perlu diselesaikan segera, kata Awan Johor - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Masalah pengangkutan awam di Johor perlu diselesaikan segera, kata Awan Johor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Masalah pengangkutan awam di Johor perlu diselesaikan segera, kata Awan Johor
link : Masalah pengangkutan awam di Johor perlu diselesaikan segera, kata Awan Johor

Baca juga


Masalah pengangkutan awam di Johor perlu diselesaikan segera, kata Awan Johor



Masalah pengangkutan awam di Johor perlu diselesaikan segera, kata Awan Johor



Merujuk kepada ulasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan kecekapan pengangkutan awam di Malaysia, Angkatan Wanita Amanah (Awan) Negeri Johor mengungkapkan permasalahan pengangkutan awam di Johor yang tidak pernah selesai.

Menurut ketuanya, Norhayati Bachok, sistem pengangkutan awam di negeri Johor ini dilihat terlalu lemah dan daif serta ia terus berlangsung tanpa ada penambahbaikan dari segi infrastruktur awam tersebut.

Menurut beliau, apa yang didakwa oleh kerajaan selama ini hanyalah retorik, sedangkan hakikatnya pengangkutan awam di Johor khususnya terlalu lemah dan daif.

Norhayati Bachok dalam program Kedai Peduli Rakyat anjuran Awan.

“Sehingga hari ini pihak kami masih ternanti-nanti apakah penyelesaian jitu yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk menyelesaikan masalah pengangkutan awam yang membabitkan rakyat di negeri ini.

“Kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sepatutnya memikirkan dengan lebih jitu tentang permasalahan ini dan pihak kami juga telah maklum berkenaan dengan ‘Bas Muafakat’ yang dilancarkan oleh pihak kerajaan negeri namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan yang efektif berlaku kepada pengguna yang memerlukan pengangkutan awam tersebut.

“Pihak kami telah mendapat laporan dari kajian yang dibuat seperti di kawasan Mukim Pulai, Mukim Masai dan beberapa lagi tempat yang menempatkan orang awam yang berkerja di bandar Johor Bahru, dan apa yang pihak kami dapati respons mereka menyatakan pengangkutan awam di negeri ini terlalu daif,” kata Norhayati yang ditemui dalam program Kedai Peduli Rakyat di sini.

Beliau turut memaklumkan, keadaan kesesakan yang berlaku di waktu puncak di sekitar bandaraya Johor Bahru dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan warga kerja di Johor adalah berpunca daripada sistem pengangkutan awam yang lemah.

Selain itu beliau memaklumkan, perkara ini berlaku adalah berpunca daripada kelemahan urus tadbir negeri yang tidak mahu turun padang meninjau sendiri kesusahan yang dialami rakyat berkenaan dengan pengangkutan awam ini.

“Pihak kami boleh simpulkan berkenaan dengan kesesakan yang semakin memuncak di jalan-jalan yang menghubungkan penempatan penduduk dan kawasan tumpuan kerja seperti bandaraya Johor Bahru, pusat perindustrian di Pasir Gudang, kawasan Permas Jaya, Jalan Pontian – Skudai dan kawasan Senai adalah berpunca daripada warga yang pergi ke tempat kerja dengan menaiki kenderaan sendiri akibat kedaifan pengangkutan awam.

“Pihak kami ingin menegaskan agar pihak kerajaan usah mengambil sikap sambil lewa dan tanpa membuat pemantauan terhadap kepenggunaan pengangkutan awam khususnya kepada rakyat di negeri ini yang kurang berkemampuan untuk membeli kenderaan mereka sendiri dan umumnya kepada seluruh rakyat di negeri ini,” ujar Norhayati Bachok ketika ditemui.



Thus Article Masalah pengangkutan awam di Johor perlu diselesaikan segera, kata Awan Johor

Itulah artikel Masalah pengangkutan awam di Johor perlu diselesaikan segera, kata Awan Johor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Masalah pengangkutan awam di Johor perlu diselesaikan segera, kata Awan Johor dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/masalah-pengangkutan-awam-di-johor.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Masalah pengangkutan awam di Johor perlu diselesaikan segera, kata Awan Johor"

Post a Comment