Menang atau ‘mati’ untuk MCA di Johor, kata bekas pemimpin

Menang atau ‘mati’ untuk MCA di Johor, kata bekas pemimpin - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Menang atau ‘mati’ untuk MCA di Johor, kata bekas pemimpin, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Menang atau ‘mati’ untuk MCA di Johor, kata bekas pemimpin
link : Menang atau ‘mati’ untuk MCA di Johor, kata bekas pemimpin

Baca juga


Menang atau ‘mati’ untuk MCA di Johor, kata bekas pemimpin



Lee-Hwa-Beng-mca-flags

PETALING JAYA: Seorang bekas wakil rakyat MCA memberi amaran kepada parti itu yang perlu memenangi kerusi di Johor jika ia mahu terus hidup dan kekal relevan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bekas adun Subang Jaya, Datuk Lee Hwa Beng berkata, MCA akan berjuang “habis-habisan” mempertahankan Johor kerana parti itu memenangi paling banyak kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU13.

“Mereka tahu jika mereka gagal mengekalkan sekurang-kurangnya kerusi (yang ada) itu, mereka akan ‘mati’.

“Sudah tentu mereka takut. Tidak kira apa, mereka akan cuba pertahankan kerusi itu atau kepentingan mereka akan hilang selama-lamanya.”

MCA sekadar memenangi 7 daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya pada PRU13, berbanding 15 kerusi Parlimen serta 32 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU12.

Sebanyak 4 daripada 7 kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU 2013 terletak di Johor, iaitu Labis, Ayer Hitam, Tebrau dan Tanjung Piai, manakala 3 lagi di Tanjung Malim (Perak), Bentong (Pahang) serta Alor Gajah (Melaka).

Sebanyak 11 kerusi DUN yang dimenanginya pada tahun sama ialah 3 di Melaka (Machap, Klebang dan Bemban), masing-masing 2 di Kedah (Gurun dan Kulim), Pahang (Damak dan Cheka) serta Johor (Paloh dan Pulai Sebatang), manakala 1 di Perlis (Titi Tinggi) dan Perak (Chenderiang).

Pada 2014, MCA dilaporkan berkata, mereka akan menumpukan 11 kerusi DUN di Johor pada PRU14.

Ia termasuk kerusi DUN Stulang, Johor Jaya, Parit Yaani dan Bekoh, di mana MCA kalah tipis kepada calon pembangkang dengan majoriti 3% hingga 8% undi.

Bagaimanapun, Lee berkata, pengundi Cina di Johor sudah memutuskan siapa yang akan mereka undi pada PRU14 dan ia bukannya MCA.

Bekas ahli Jawatankuasa Pusat MCA itu yang dipecat partinya pada 2013 berkata, pengundi Cina di Johor sanggup menyokong calon bukan Cina bagi menafikan kemenangan MCA.

“Mereka akan undi untuk perubahan, bukannya demi parti.”

Lee percaya tiada faktor yang mampu mengembalikan sokongan pernah dikecapi MCA dahulu.

“Orang Cina tahu kemenangan MCA bukan jaminan parti itu akan mendapat tempat dalam Kabinet.”



Thus Article Menang atau ‘mati’ untuk MCA di Johor, kata bekas pemimpin

Itulah artikel Menang atau ‘mati’ untuk MCA di Johor, kata bekas pemimpin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Menang atau ‘mati’ untuk MCA di Johor, kata bekas pemimpin dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/menang-atau-mati-untuk-mca-di-johor.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Menang atau ‘mati’ untuk MCA di Johor, kata bekas pemimpin"

Post a Comment