- kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk , Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk :
link :

Baca juga


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
 
 

KUALA LUMPUR – Kerajaan wajib mengganti Tanah Rizab Melayu yang telah diambil atau dijual dengan tanah lain yang sama sifat nilai dan keluasannya dalam masa dua tahun ini.

Penyelidik dan Pengkaji Sejarah Ikatan Arkeologi Malaysia, Zaharah Sulaiman berkata, jumlah yang kerajaan perlu ganti ialah sebanyak 9,000,000 hektar.

“Kerajaan negeri yang membangunkan Tanah Rizab Melayu hendaklah mengagih kembali kepada pribumi Melayu sepenuhnya supaya pegangan Tanah Melayu berkekalan sampai bila-bila.

“Terapi kerajaan, bila kita tegur mereka, jawapan mereka ialah orang Melayu yang banyak jual tanah. Sebenarnya hanya segelintir sahaja, mereka yang kesempitan wang, kalau jual pada orang Melayu tak apa, kalau jual pada bangsa asing itu yang bahaya.

 

“Tetapi hakikatnya, yang paling galak jual Tanah Rizab Melayu ni memang kerajaan,” katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Kebangkitan Ummah yang diadakan di Dewan Muktamar Pusat Islam, di sini hari ini.

Beliau menegaskan, kerajaan wajib berhenti daripada terus mengambil Tanah Rizab Melayu untuk dibangunkan bagi apa jua pembangunan untuk semua bangsa.

“Tibalah pula masanya kerajaan beli tanah swasta yang tidak diguna urus bagi pembangunan rakyat Malaysia. Jangan diusik Tanah Rizab Melayu,” katanya.


Beliau memberi contoh di Kuala Lumpur sudah tiada lagi Tanah Rizab Melayu.

“Yang tinggal, yang ada hanya di Bukit Kiara, Kayu Ara. Itu pun banyak dah dibina rumah pangsa yang diusahakan oleh bangsa asing. Di Dato Keramat pula, Tanah Rizab Melayu, dah dijual kepada Singapura.

“Sedikit demi sedikit makin hilang, kalau kita tak buat apa-apa Tanah Rizab Melayu hanya tinggal kenangan. Hanya Kelantan yang paling banyak buat pemulangan balik Tanah Rizab Melayu,” katanya.

Justeru, kerajaan juga, gesanya, perlu menghalang dengan tegas dalam apa jua keadaan daripada membiarkan Tanah Rizab Melayu dijual kepada pribumi Melayu atau beralih tangan akhirnya di dalam kes urusan perniagaan.

“Kerajaan wajib memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk merampas Tanah Rizab Melayu yang dikenal pasti telah bertukar milik kepada bukan Melayu, kerana ia melanggar syarat,” katanya.




Thus Article

Itulah artikel Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/oleh-ainul-illia-meor-suzurudin-kuala.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to " "

Post a Comment