Pakatan Harapan berpotensi menang di lima Parlimen Felda

Pakatan Harapan berpotensi menang di lima Parlimen Felda - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pakatan Harapan berpotensi menang di lima Parlimen Felda, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pakatan Harapan berpotensi menang di lima Parlimen Felda
link : Pakatan Harapan berpotensi menang di lima Parlimen Felda

Baca juga


Pakatan Harapan berpotensi menang di lima Parlimen Felda

AKHBAR RAKYAT

 
 
Penganalisis BN, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim berpendapat lima kerusi Parlimen Felda yang terletak Pahang dan Johor mempunyai peluang besar untuk dimenangi Pakatan Harapan.

Menurutnya, pembangkang begitu fokus menyerang BN di Felda lantaran menyedari potensi tinggi untuk menang terutama di kawasan Parlimen terbabit.

“Ini kerana peluang untuk mereka menguasai kerusi Parlimen tertentu terbuka luas jika pengundi warga Felda beralih arah.

“Antara kerusi-kerusi Parlimen yang berada dalam keadaan genting dengan jumlah pengundi yang ramai warga Felda adalah Labis dengan majoriti tipis dimenangi oleh BN sebanyak 343 undi, Bentong (379), Bera (2,143), Cameron Highlands majoriti (462) dan Sekijang (3,007),” jelasnya.

Untuk rekod, Parlimen Bera dan Sekijang pada PRU-14 diperuntukkan kepada PKR manakala DAP akan bertanding di Labis, Bentong dan Cameron Highlands.

Ahmad Faris berkata, majoriti kemenangan calon BN pada PRU-13 di Parlimen Bera hanya 2,143 sahaja dengan pengundi warga Felda seramai 23,300 orang iaitu 41 peratus daripada jumlah keseluruhan kira-kira 56,600 pengundi.

“Ke mana perginya undi warga Felda dalam PRU lalu di Parlimen (Bera) ini? Adakah mereka tidak keluar mengundi atau memilih pembangkang?

“Atau mungkinkah kerana wujud sokongan pengundi warga Felda yang menyebabkan BN memperoleh kemenangan tipis di Parlimen ini.

“Perkembangan daripada keputusan PRU-13 ini jika masih berterusan di Parlimen Bera, kawasan ini mungkin boleh diibaratkan seperti telur di hujung tanduk kepada BN,” dipetik daripada artikelnya di Utusan Malaysia semalam.

Selain Parlimen Bera, beliau turut menyifatkan Bentong sebagai kawasan yang menyaksikan pengundi warga Felda jelas menolak calon BN.
“Ini mungkin atas faktor tradisi kawasan ini merupakan kubu kuat pembangkang, terpengaruh dengan dakyah pembangkang, tidak berpuas hati dengan calon BN, tidak berpuas hati dengan isu-isu setempat yang timbul atau janji-janji tidak ditunaikan,” ujarnya.

Bera yang dikuasai BN pada masa ini disandang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas menewaskan PKR dan calon bebas pada PRU 2013 dengan majoriti 2,143 undi.

Menurut Ahmad Faris, daftar pengundi baharu menunjukkan terdapat kira-kira 570,000 pengundi terdiri daripada warga Felda di seluruh negara.

Untuk rekod, BN pada PRU-13 lalu tewas dua kerusi Parlimen Felda iaitu di Raub dan Dungun masing-masing kepada DAP dan Pas.

Lima Parlimen yang mempunyai pengundi Felda tertinggi adalah Jempol, Kuala Krau, Rompin, Kota Tinggi dan Pengerang dengan kesemuanya kecuali Rompin diperuntukkan kepada PPBM pada PRU-14.

PKR diputuskan akan bertanding di Rompin yang pada masa ini disandang oleh BN dengan majoriti 8,896 undi pada pilihan raya umum lalu. 
 
 
 


Thus Article Pakatan Harapan berpotensi menang di lima Parlimen Felda

Itulah artikel Pakatan Harapan berpotensi menang di lima Parlimen Felda Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pakatan Harapan berpotensi menang di lima Parlimen Felda dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/pakatan-harapan-berpotensi-menang-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pakatan Harapan berpotensi menang di lima Parlimen Felda"

Post a Comment