Tajuk : PAS: Kewibawaan PH terjejas akibat boikot oleh Amanah
link : PAS: Kewibawaan PH terjejas akibat boikot oleh Amanah
PAS: Kewibawaan PH terjejas akibat boikot oleh Amanah
Menurut naib presiden PAS, rakyat kini sudah boleh menilai bagaimana PH bakal mentadbir negara sekiranya memenangi PRU itu.
JOHOR BAHRU: Tindakan Amanah Johor memboikot Konvensyen Pakatan Harapan (PH) semalam kerana tidak puas hati dengan pembahagian kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di negeri ini, merupakan ”petanda awal” terhadap kewibawaan PH menghadapi pilihan raya itu.
Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata sehubungan itu, rakyat kini sudah boleh menilai bagaimana PH bakal mentadbir negara sekiranya memenangi PRU itu.
“Ini satu perkara yang mengejutkan. Sepatutnya ia (konvensyen) merupakan hari untuk mereka sama-sama berbincang tentang hala tuju PH tetapi tiba-tiba berlaku sebaliknya,” kata beliau.
Idris diminta mengulas isu itu pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Gagasan Sejahtera Negeri Johor malam tadi.
Idris juga berkata beliau yakin ketidakpuasan hati itu tidak hanya berhenti setakat itu, malah bakal merencat gerak kerja dan mewujudkan perpecahan dalam kalangan PH, sekaligus memberi petanda ia tidak berwibawa untuk bertanding pada PRU14.
Thus Article PAS: Kewibawaan PH terjejas akibat boikot oleh Amanah
Itulah artikel PAS: Kewibawaan PH terjejas akibat boikot oleh Amanah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel PAS: Kewibawaan PH terjejas akibat boikot oleh Amanah dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/pas-kewibawaan-ph-terjejas-akibat.html
0 Response to "PAS: Kewibawaan PH terjejas akibat boikot oleh Amanah"
Post a Comment