PAS: Tun M, cakap banyak lagi tambah dosa

PAS: Tun M, cakap banyak lagi tambah dosa - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS: Tun M, cakap banyak lagi tambah dosa, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PAS: Tun M, cakap banyak lagi tambah dosa
link : PAS: Tun M, cakap banyak lagi tambah dosa

Baca juga


PAS: Tun M, cakap banyak lagi tambah dosa

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pemimpin PAS hari ini menyelar kenyataan terbaru daripada Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menuduh Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai 'pengkhianat dan sedang mengkafirkan diri sendiri'.
 
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad menggesa Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM itu untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi selepas ini, dibimbangi akan menambah dosa dirinya sendiri.
 
"Semua orang hendak dikafirkan oleh Dr Mahathir. Semalam mufti dikafirkan, hari ini Presiden PAS.
 
"Lebih baiklah beliau diam. Jika tidak tahu, jangan mengata orang. Kalau banyak cakap, lagi banyak dosa, di saat-saat akhir ini kita patut mencari pahala, bukan dosa. Nak mengkafirkan orang itu hendak cari dosalah," katanya yang dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Mahfodz juga menafikan dakwaan Dr Mahathir berkenaan tindakan PAS untuk bertanding di 130 kerusi parlimen di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, bertujuan untuk memenangkan Umno-Barisan Nasional (BN).
 
"Kita bertanding di 130 kerusi kebanyakan lawan kita Umno.
 
"Tuduhan mengatakan kita bekerjasama politik dengan Umno tidak ada. Sudah berulang kali kita katakan, semenjak tahun 2015. Sehingga kini tidak ada kita hendak bekerjasama dengan Umno dalam politik, melainkan taawun dalam isu Islam," ujarnya lagi.
 
Terdahulu, Dr Mahathir dalam sidang medianya pagi tadi menggelarkan Hadi sebagai 'pengkhianat dan sedang mengkafirkan diri sendiri' selepas PAS mengisytiharkan akan bertanding di lebih 130 kerusi dalam pilihan raya akan datang.
 
Hadi, sebagaimana didakwa Dr Mahathir sedar akan peluang tipis PAS sebaliknya mahu memenangkan Datuk Seri Najib Razak melalui kaedah pecah undi.
 
Bekas perdana menteri itu juga menyindir PAS yang dilihatnya kini semakin mesra dengan Umno-BN yang dahulunya pernah menggelarkan parti pemerintah itu sebagai kafir.
 
Menjawab tuduhan itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu terpesong dari landasan yang sebenarnya.
 
"Ia satu tuduhan yang terpesong yang disebut kepada Hadi. Saya tak pasti sama ada beliau benar-benar faham ucapan Hadi yang asal, atau beliau buat-buat tak faham sebagaimana kebiasaannya iaitu buat tak faham.
 
"Pada saya Dr Mahathir terperangkap dengan zamannya dan tidak boleh menerima kebenaran," ujar Samsuri lagi.
 
Ketegangan antara Dr Mahathir dan Hadi kembali memuncak selepas Pengerusi PPBM itu membangkitkan isu Amanat Hadi pada Sabtu lalu, sambil mempersoal tindakan mufti yang berdiam diri dan tidak menegur PAS bersabit amanat berkenaan.
 
Hadi membalas kritikan itu dengan menjawab sikap berdiam diri golongan agama itu disebabkan campur tangan politik semasa zaman pemerintahan Dr Mahathir.
 
 


Thus Article PAS: Tun M, cakap banyak lagi tambah dosa

Itulah artikel PAS: Tun M, cakap banyak lagi tambah dosa Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PAS: Tun M, cakap banyak lagi tambah dosa dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/pas-tun-m-cakap-banyak-lagi-tambah-dosa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS: Tun M, cakap banyak lagi tambah dosa"

Post a Comment