Pegawai kanan JIM, isteri dan kakak didakwa rasuah RM12.5 juta

Pegawai kanan JIM, isteri dan kakak didakwa rasuah RM12.5 juta - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pegawai kanan JIM, isteri dan kakak didakwa rasuah RM12.5 juta, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pegawai kanan JIM, isteri dan kakak didakwa rasuah RM12.5 juta
link : Pegawai kanan JIM, isteri dan kakak didakwa rasuah RM12.5 juta

Baca juga


Pegawai kanan JIM, isteri dan kakak didakwa rasuah RM12.5 juta

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia bersama isteri dan kakaknya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan rasuah berjumlah RM12.5 juta sejak tiga tahun lalu.
 
Mohd Khairi Othman, 38, dan isterinya, Noorashikin Azmi, 38, dari Taman Rahmat, Jitra dan kakaknya, Huziana Othman, 48, dari Taman Suasana Damai, Jitra, mengaku tak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan secara berasingan, di depan Hakim Azman Abu Hassan.
 
Dalam prosiding pertama membabitkan dua kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Mohd Khairi sebagai Ketua Unit DP10, Bahagian Khidmat Ekspatariat, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya menerima rasuah RM100,000 daripada Muhammad Khairul Asri Pubin melalui akaun Maybank atas nama Hassan Muhammad Yusuf @ Daud.
 
Rasuah terbabit sebagai upah mempercepatkan pengeluaran Surat Kelulusan Pegawai Dagang (DP10) bagi Syarikat MKAP Bina Sdn Bhd pada 16 Julai 2017, jam 11.07 pagi.
 
Bagi kesalahan kedua, Mohd Khairi menerima RM50,000 daripada Lee Wai Kay melalui akaun sama dan tujuan sama bagi Syarikat Nature Sense Sdn Bhd pada 19 Jun 2015, jam 1.18 tengah hari.
 
Selain itu, Mohd Khairi yang kini bertugas di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, Kelantan turut berdepan 18 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 membabitkan jumlah keseluruhan RM9.2 juta.
 
Kesalahan terbabit dilakukan di beberapa bank di sekitar negeri ini antara 18 Disember 2015 hingga 1 Mac 2017.
 
Dalam prosiding kedua membabitkan isteri Mohd Khairi, Noorashikin yang juga pengarah dua syarikat iaitu Firas Rizqi Resources dan Ilham Rizqi Resources berdepan lima pertuduhan membabitkan Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) AMLA 2001 dengan jumlah keseluruhan RM2.5 juta.
 
Kesalahan terbabit dilakukan di tiga bank sekitar Jitra, di sini, antara 7 April 2016 hingga 14 November 2016.
 
Dalam prosiding ketiga, Huziana yang juga kakak kepada Mohd Khairi didakwa menerima wang RM500,000 daripada akaun Bank Rakyat milik Hassan Muhammad Yusuf @ Daud di Bank Rakyat cawangan Alor Setar, Jalan Langgar pada 9 Jun 2016.
 
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang bekerja sebagai Ketua Jururawat Hospital Sultanah Bahiyah, di sini, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) AMLA 2001.
 
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A Hafiizh Abu Bakar. Mohd Khairi serta Noorashikin diwakili Ridha Abdah Subri, manakala Huziana tidak diwakili peguam.
 
Hakim kemudian memerintahkan Mohd Khairi membayar jaminan RM1.6 juta, manakala Noorashikin serta Huziana masing-masing RM200,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
 
Mahkamah menetapkan 12 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula dan penyerahan dokumen.


Thus Article Pegawai kanan JIM, isteri dan kakak didakwa rasuah RM12.5 juta

Itulah artikel Pegawai kanan JIM, isteri dan kakak didakwa rasuah RM12.5 juta Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pegawai kanan JIM, isteri dan kakak didakwa rasuah RM12.5 juta dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/pegawai-kanan-jim-isteri-dan-kakak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pegawai kanan JIM, isteri dan kakak didakwa rasuah RM12.5 juta"

Post a Comment