Pemuda PPBM tuntut agih kerusi DUN N.Sembilan diteruskan

Pemuda PPBM tuntut agih kerusi DUN N.Sembilan diteruskan - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pemuda PPBM tuntut agih kerusi DUN N.Sembilan diteruskan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pemuda PPBM tuntut agih kerusi DUN N.Sembilan diteruskan
link : Pemuda PPBM tuntut agih kerusi DUN N.Sembilan diteruskan

Baca juga


Pemuda PPBM tuntut agih kerusi DUN N.Sembilan diteruskan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SEREMBAN: Pemuda PPBM Negeri Sembilan tetap dengan pendirian untuk mendesak rundingan semula diadakan berhubung pembahagian kerusi DUN pembangkang di negeri ini.
 
Ketuanya, Mohd Shahrul Anuar Abu Samah, berkata mereka bukan mahu mengingkari keputusan pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya mendesak pengagihan dibuat lebih adil supaya dapat diterima kepemimpinan negeri.
 
Ekoran menurut beliau, pengagihan itu tidak mengambil kira pendapat pemimpin PPBM Negeri Sembilan, sehingga menyebabkan banyak pihak tidak berpuas hati.
 
"PH Negeri Sembilan dalam proses perbincangan untuk pembahagian kerusi dan kita dimaklumkan rundingan akan diteruskan selepas Konvensyen PH kelmarin. Jadi, kami semua terkejut apabila mereka mengumumkan pengagihan kerusi.
 
"Keputusan itu dibuat tanpa pengetahuan pemimpin negeri. Justeru, kita akan tetap mempertahankan pendirian supaya rundingan semula dibuat bagi menentukan pembahagian kerusi DUN pembangkang di negeri ini supaya lebih adil.
 
"Sebagai contoh, PKR sudah kalah di Ampangan sebelum ini, mengapa diberikan kerusi sama. Parti Amanah Negara (PAN) yang hanya mempunyai 450 ahli di seluruh negeri pula diberi tujuh kerusi sedangkan PPBM hanya enam," katanya dipetik BH Online hari ini.
 
Konvensyen PH di sini, kelmarin, kecoh apabila ramai ahli dan pemimpin PPBM, melakukan protes kerana tidak berpuas hati dengan pengagihan 36 kerusi DUN iaitu 12 milik PKR, DAP (11), PAN (tujuh) dan PPBM (enam), manakala bagi Parlimen, setiap parti mendapat dua kerusi.
 
Mohd Shahrul Anuar mendakwa, semua ketua bahagian dan ketua pemuda bahagian PPBM di negeri ini menyokong tindakannya yang lantang menyuarakan bantahan dan mereka akan berkumpul menyatakan pendirian dalam sidang media tidak lama lagi.
 
Sementara itu, Pengerusi PH negeri, Aminuddin Harun, dilaporkan berkata, semua pihak perlu menerima dengan hati terbuka dan menghormati keputusan sudah dibuat pucuk pimpinan pakatan pembangkang.
 
Katanya, perbincangan lanjut sudah dibuat dengan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Muhkriz Mahathir, mengenai masalah berbangkit itu dan pihaknya tidak mahu memanjangkan isu berkenaan, sebaliknya yakin semua akan dapat diatasi dalam masa terdekat.
 
 


Thus Article Pemuda PPBM tuntut agih kerusi DUN N.Sembilan diteruskan

Itulah artikel Pemuda PPBM tuntut agih kerusi DUN N.Sembilan diteruskan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pemuda PPBM tuntut agih kerusi DUN N.Sembilan diteruskan dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/pemuda-ppbm-tuntut-agih-kerusi-dun.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemuda PPBM tuntut agih kerusi DUN N.Sembilan diteruskan"

Post a Comment