Perjuangan pertahan Baitulmaqdis 'bernyala' dalam jiwa umat Islam - Hadi

Perjuangan pertahan Baitulmaqdis 'bernyala' dalam jiwa umat Islam - Hadi - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Perjuangan pertahan Baitulmaqdis 'bernyala' dalam jiwa umat Islam - Hadi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Perjuangan pertahan Baitulmaqdis 'bernyala' dalam jiwa umat Islam - Hadi
link : Perjuangan pertahan Baitulmaqdis 'bernyala' dalam jiwa umat Islam - Hadi

Baca juga


Perjuangan pertahan Baitulmaqdis 'bernyala' dalam jiwa umat Islam - Hadi

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan perjuangan untuk terus mempertahankan Baitulmaqdis daripada dirampas oleh Israel, sentiasa wujud dalam setiap jiwa umat Islam di seluruh dunia.
 
Berucap pada Himpunan Munajat MyAQSA yang berlangsung di Dataran Putrajaya semalam, Abdul Hadi yang yang juga Presiden PAS menyeru agar perjuangan itu terus 'bernyala'.
 
“Ketahuilah Israel bahawa saf umat Islam berjuang untuk membebaskan Baitulmaqdis ini, kepala di Baitulmaqdis ekor di Morocco sehingga ke Indonesia dan Malaysia.
 
“Mereka tidak akan membunuh semangat umat Islam yang jumlahnya kepala di Baitulmaqdis ekornya dari Morocco hingga ke Indonesia dan Malaysia. Dari Asia tengah sehingga ke Afrika, ini adalah umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Laksana satu jasad yang tidak mungkin dicincang dan dipisahkan antara satu sama lain,” katanya sambil menerima laungan takbir para peserta himpunan.
 
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang seterusnya mengingatkan pemimpin Islam agar tidak tunduk kepada tawaran wang ringgit demi menggadaikan bumi Palestin daripada jatuh ke tangan Israel Yahudi.
 
“Ada Pemimpin Arab yang kaya raya duit banyak tetapi miskin jiwa, bertindak memujuk rakyat Palestine untuk menyerahkan Baitulmaqdis kepada Yahudi. Namun Alhamdulillah semua pemimpin umat Palestine menolak tawaran ini.
 
"Hari ini kita dengar tawaran berbilion kepada pemimpin Palestin. Tawaran ini pernah berlaku pada zaman dahulu. Sejahil orang Islam mereka tidak menerimanya," tegasnya.
 
Hadir sama pada himpunan tersebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 
 
Jamil dalam ucapannya berkata menolak perbezaan fahaman politik, himpunan berkenaan yang juga menghimpunkan wakil umat Islam dari seluruh dunia, berhimpun atas penyatuan semangat solidariti demi rakyat Palestin.
 
“Kehadiran kita malam ini bukan untuk hanya sekadar menyambung rintihan kesedihan mereka (rakyat Palestine) tetapi kita sedang membantu golongan Palestin yang sedang dijajah pada hari ini.
 
"Marilah kita pada malam semangat yang kita membataskan semua perasaan termasuk perbezaan-perbezaan di kalangan kita. Walaupun kita punya perbezaaan pandangan politik dan parti-parti yang kita dukung dan sebagainya. Namun pada malam ini kita dapat berhimpun atas satu semangat untuk mempertahankan bumi Aqsa dan Palestin," tambahnya.
 
Festival MyAQSA bermula pada 26 sehingga 28 Januari yang menawarkan pelbagai program untuk pengunjung yang datang termasuk Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmuqaddis -  dihadiri 100 ulama dari 30 negara.
  
Persidangan itu memfokuskan masa depan dan situasi semasa Baitulmaqdis yang kini terancam selepas Amerika Syarikat mengisytiharkan kota suci itu sebagai ibu negara Israel.
 
Himpunan Munajat MyAQSA adalah acara kemuncak festival itu yang menyaksikan ribuan peserta hadir membanjiri Dataran Putrajaya bermula jam 8 malam.  Paling mengujakan hadirin yang hadir langsung tidak berganjak meninggal tapak himpunan biarpun hujan turun mencurah-curah.
 
 


Thus Article Perjuangan pertahan Baitulmaqdis 'bernyala' dalam jiwa umat Islam - Hadi

Itulah artikel Perjuangan pertahan Baitulmaqdis 'bernyala' dalam jiwa umat Islam - Hadi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Perjuangan pertahan Baitulmaqdis 'bernyala' dalam jiwa umat Islam - Hadi dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/perjuangan-pertahan-baitulmaqdis.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perjuangan pertahan Baitulmaqdis 'bernyala' dalam jiwa umat Islam - Hadi"

Post a Comment