PKR Selangor tak maklum kenyataan bersama sokong Dr M dicalon PM

PKR Selangor tak maklum kenyataan bersama sokong Dr M dicalon PM - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PKR Selangor tak maklum kenyataan bersama sokong Dr M dicalon PM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PKR Selangor tak maklum kenyataan bersama sokong Dr M dicalon PM
link : PKR Selangor tak maklum kenyataan bersama sokong Dr M dicalon PM

Baca juga


PKR Selangor tak maklum kenyataan bersama sokong Dr M dicalon PM

 
Timbalan Pengerusi Zuraida Kamaruddin berkata pengerusinya, Azmin Ali, juga tidak tahu tentang kenyataan bersama PPBM, DAP dan Amanah menyokong keputusan majlis presiden PH.


Zuraida-Kamaruddin-mahathir-ph-pm

PETALING JAYA: PKR Selangor tidak dimaklumkan tentang kenyataan bersama PPBM, DAP dan Amanah negeri menyokong pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri gabungan itu untuk pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin berkata pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga tidak tahu tentang kenyataan bersama menyokong keputusan majlis presiden PH itu.

“Kenyataan itu tidak dibuat melalui struktur PH Selangor yang dipengerusikan Datuk Seri Azmin Ali,” kata Zuraida kepada FMT hari ini.

“Saya tidak pasti sama ada kenyataan itu adalah satu gabungan atau secara individu.”

Semalam, PPBM, DAP dan Amanah negeri dalam kenyataan bersama yang ditandatangani Pengerusi PPBM Selangor Datuk Abdul Rashid Asari, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim menyokong keputusan majlis presiden PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri gabungan itu.

Pengerusi PPBM itu digandingkan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dicalonkan sebagai timbalan perdana menteri.

PKR Selangor bagaimanapun dilaporkan enggan menyokong keputusan majlis presiden PH yang diumumkan pada Ahad. Ketua Komunikasi PKR Hizwan Ahmad dilaporkan berkata PKR negeri akan kekal dengan pendirian tidak bersetuju dengan pelantikan Dr Mahathir dan Wan Azizah jika pakatan pembangkang mengambil alih kuasa.

Azmin juga merupakan naib presiden PH nasional.

Zuraida Ahad lepas mengakui kecewa dengan keputusan majlis presiden PH dan berkata mereka seolah-olah tidak mampu menamakan calon perdana menteri “selepas 20 tahun berjuang”.



Thus Article PKR Selangor tak maklum kenyataan bersama sokong Dr M dicalon PM

Itulah artikel PKR Selangor tak maklum kenyataan bersama sokong Dr M dicalon PM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PKR Selangor tak maklum kenyataan bersama sokong Dr M dicalon PM dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/pkr-selangor-tak-maklum-kenyataan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR Selangor tak maklum kenyataan bersama sokong Dr M dicalon PM"

Post a Comment