Rasuah: 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta dibekukan

Rasuah: 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta dibekukan - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rasuah: 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta dibekukan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rasuah: 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta dibekukan
link : Rasuah: 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta dibekukan

Baca juga


Rasuah: 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta dibekukan

THE MALAYSIAN TIMES



ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta hari ini susulan penahanan tiga individu termasuk Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bersama dua pemilik syarikat kontraktor semalam.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, akaun-akaun bank itu merupakan milik kepada pengarah berkenaan, anak-anaknya serta seorang daripada pemilik syarikat tersebut.

“Kemungkinan ada lagi tangkapan dilakukan berhubung kes ini bagaimanapun SPRM masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah Lembaga Kemajuan Pertanian Persekutuan (FAMA) Kedah di sini hari ini.

Semalam SPRM dilaporkan menahan pengarah berumur 60 tahun itu bersama pemilik dua syarikat kontraktor berumur 39 dan 50 tahun di pejabat SPRM negeri.

SPRM turut menyita akaun bank RM2.9 juta dan merampas wang tunai berjumlah hampir RM900,000 di rumah seorang pemilik syarikat yang ditahan itu.

Pengarah terbabit disyaki menerima wang rasuah 10 peratus bagi setiap projek yang dianugerahkan JPS di sebuah negeri kepada kontraktor-kontraktor dilantik sejak 2014 hingga 2017.

Dua individu yang merupakan pemilik syarikat itu, dipercayai bersubahat dengan pengarah tersebut.
Ketiga-tiga individu berkenaan, direman selama seminggu bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.– Bernama



Thus Article Rasuah: 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta dibekukan

Itulah artikel Rasuah: 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta dibekukan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rasuah: 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta dibekukan dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/rasuah-13-lagi-akaun-bernilai-rm11-juta.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rasuah: 13 lagi akaun bernilai RM1.1 juta dibekukan"

Post a Comment