Reman Farid Kamil dilanjut sehari lagi

Reman Farid Kamil dilanjut sehari lagi - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Reman Farid Kamil dilanjut sehari lagi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Reman Farid Kamil dilanjut sehari lagi
link : Reman Farid Kamil dilanjut sehari lagi

Baca juga


Reman Farid Kamil dilanjut sehari lagi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Tempoh reman pengarah dan pelakon, Datuk Farid Kamil Zahari yang ditahan bagi membantu siasatan terhadap dakwaan dia menampar seorang anggota polis dan menyepak orang awam, Khamis lalu, dilanjutkan sehari lagi.
 
Perintah reman sehingga esok itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar, Hairul Azhar Mohd. Ishak di Mahkamah Majistret di sini hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
 
Farid, 37, sebelum ini direman selama empat hari bermula 12 Januari lalu yang sepatutnya berakhir hari ini. 
 
Pelakon yang popular dengan filem Tombirou dan Lagenda Budak Setan itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 90 Akta Polis atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di balai polis; Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyepak orang awam; Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menampar anggota polis dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas dakwaan memasukkan dadah dalam badan.
 
Terdahulu, Farid yang memakai baju kemeja berwarna kelabu dan berseluar lokap berwarna ungu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 11.30 pagi.
 
Dia diiringi anggota polis keluar pada pukul 12.32 tengah hari setelah melalui prosiding reman yang mengambil masa kira-kira sejam dan dibawa menaiki kereta polis jenis Proton Preve.
 
Adiknya yang juga pelakon Fadzil Zahari, serta rakan pelakon lain seperti Azhan Rani dan Azad Jasmin turut kelihatan hadi di mahkamah untuk memberi sokongan.



Thus Article Reman Farid Kamil dilanjut sehari lagi

Itulah artikel Reman Farid Kamil dilanjut sehari lagi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Reman Farid Kamil dilanjut sehari lagi dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/reman-farid-kamil-dilanjut-sehari-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Reman Farid Kamil dilanjut sehari lagi"

Post a Comment