'Saya kan faktor PH akan kalah'

'Saya kan faktor PH akan kalah' - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Saya kan faktor PH akan kalah', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Saya kan faktor PH akan kalah'
link : 'Saya kan faktor PH akan kalah'

Baca juga


'Saya kan faktor PH akan kalah'

Dr M: Saya kan faktor PH akan kalah, apa nak takut?

  | January 12, 2018
Bekas perdana menteri itu berkata beliau hanya memerlukan seminit untuk berjumpa Anwar.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mempersoalkan larangan Jabatan Penjara terhadapnya untuk berjumpa dengan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil berkata tidak apa-apa yang perlu dibimbangi pihak berkuasa.
“Lagipun semua orang tahu pelantikan saya akan menentukan kekalahan Pakatan Harapan,” kata Dr Mahathir yang kini menjadi calon perdana menteri gabungan pembangkang itu.
Beliau memetik seorang penganalis Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, Sholto Byrnes, yang berkata pencalonannya adalah langkah kebelakang oleh PH.
“Apalah nak takut sangat perjumpaan saya dengan Anwar. Tentulah ia akan jadi satu lagi langkah kebelakang oleh PH,” tulisnya dalam catatan blog.
Rabu lalu, Dr Mahathir dihalang daripada menziarahi Anwar, yang pernah disingkirkannya daripada kabinet ketika menerajui kerajaan pada 1998.
Kedua-dua tokoh itu kini memimpin PH sebagai, Anwar sebagai ketua umum dan Dr Mahathir sebagai pengerusi.
Dr Mahathir berkata beliau memahami masa lama yang diambil PKR untuk mencapai sebuah konsensus bersama dalam PH.
Dr Mahathir sekali lagi menyampaikan penghargaannya kepada Anwar.
“Saya percaya persetujuan ini adalah oleh kerana pengasas Anwar dapat mengatasi perasaannya dan mengutamakan kepentingan negara lebih dari perasaan diri sendiri. Jelas Anwar, seperti semua kami dalam PH mengutamakan penyingkiran Najib lebih mustahak dari permusuhan antara kami dahulu.
“Bukan mudah bagi Anwar terutamanya. Tetapi jelas Anwar utamakan negara lebih dari dirinya,” katanya.
Jabatan Penjara sebelum ini berkata Dr Mahathir tidak membuat permohonan awal untuk berjumpa Anwar, yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun dan akan dibebaskan pada Jun ini.
Ia juga berkata lawatan Dr Mahathir dibimbangi akan menjadi “viral” dan “kontroversi”
Dr Mahathir berkata tujuan melawat Anwar hanyalah untuk mengucapkan terima kasih.
“Sebab itulah saya ingin ucap terima kasih sendiri kepada Anwar. Saya perlu hanya satu minit sahaja untuk berjumpa, tidak lebih. Tidak ada niat bercakap berkenaan politik.”
* Ia juga berkata lawatan Dr Mahathir dibimbangi akan menjadi “viral” dan “kontroversi”. Dalam banyak mulut menteri mempertahankan penjara, dah jadi kontroversi dan viral pun!


Thus Article 'Saya kan faktor PH akan kalah'

Itulah artikel 'Saya kan faktor PH akan kalah' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Saya kan faktor PH akan kalah' dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/saya-kan-faktor-ph-akan-kalah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Saya kan faktor PH akan kalah'"

Post a Comment