Tajuk : Selepas bebas, Anwar tak mungkin Perdana Menteri ketujuh
link : Selepas bebas, Anwar tak mungkin Perdana Menteri ketujuh
Selepas bebas, Anwar tak mungkin Perdana Menteri ketujuh
Anwar tak mungkin Perdana Menteri ketujuh – Penganalisis
HASLINA KAMALUDIN - 8 JANUARI 2018
SHAH ALAM - Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpendapat, untuk kelayakan menjadi perdana mnteri, seseorang itu perlu bertanding dalam kerusi Parlimen.
“Anwar tidak dapat berbuat demikian kerana terikat dengan peraturan di mana setiap tahanan penjara tidak boleh bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.
“Ia sudah termaktub. Kerana itu, saya katakan, perkara (jadi Perdana Menteri) tidak akan menjadi kenyataan,” katanya kepada Sinar Online.
Beliau berkata, untuk jawatan Perdana Menteri, calon itu perlu menang di Parlimen dan ia perlu diperkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.
“Selepas bebas nanti, beliau hanya boleh aktif sebagai ahli politik tetapi bukan untuk mentadbir negara.
“Tetapi, Anwar juga boleh dilantik sebagai senator atau jawatan Menteri oleh Perdana Menteri sahaja. Itupun hanya untuk tempoh dua tahun sahaja,” katanya.
Dr Ahmad Martadha berkata, tidak wujud masalah jika Anwar akan dibebaskan pada Tarikh 11 Jun 2018.
“Pentadbiran penjara mempunyai kuasa untuk melepaskan Anwar.
“Kebiasaannya tahanan yang tidak mempunyai masalah disiplin akan dibebaskan. Namun, adakalanya kita sebagai orang luar tidak tahu apa yang berlaku di dalam sana (penjara), apa masalah mereka.
“Kerana itu saya katakan, semua keputusan membebaskan Anwar dibuat oleh penjara sahaja,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Anwar bebas 11 Jun ini]
Semalam, Presiden Pakatan Harapan Datuk Dr Sri Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan, suaminya Anwar bakal dibebaskan daripada penjara tidak lama lagi.
Katanya, jika tiada apa-apa masalah Anwar akan dibebaskan pada Jun ini.
"Insya-ALLAH Anwar dibebaskan pada 11 Jun," katanya dalam Amanat Presiden Pakatan Harapan sempena Pelancaran Wanita Pakatan Harapan di Dewan Sri Cempaka
Anwar, 71, kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan, pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.
Hingga kini, beliau telah menjalani hukuman penjara selama hampir setahun 10 bulan.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mensabitkan Anwar setelah membenarkan rayuan pihak pendakwa.
Anwar didapati melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008
HASLINA KAMALUDIN - 8 JANUARI 2018
Anwar Ibrahim

Thus Article Selepas bebas, Anwar tak mungkin Perdana Menteri ketujuh
Itulah artikel Selepas bebas, Anwar tak mungkin Perdana Menteri ketujuh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Selepas bebas, Anwar tak mungkin Perdana Menteri ketujuh dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/selepas-bebas-anwar-tak-mungkin-perdana.html
0 Response to "Selepas bebas, Anwar tak mungkin Perdana Menteri ketujuh"
Post a Comment