Semakin berbahang: Isu hubungan sulit Trump dan bintang filem lucah dibongkar media US

Semakin berbahang: Isu hubungan sulit Trump dan bintang filem lucah dibongkar media US - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Semakin berbahang: Isu hubungan sulit Trump dan bintang filem lucah dibongkar media US, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Semakin berbahang: Isu hubungan sulit Trump dan bintang filem lucah dibongkar media US
link : Semakin berbahang: Isu hubungan sulit Trump dan bintang filem lucah dibongkar media US

Baca juga


Semakin berbahang: Isu hubungan sulit Trump dan bintang filem lucah dibongkar media US

Semakin panas, media AS terus bongkar dakwaan hubungan sulit Trump dan bintang filem lucah
Agensi | Diterjemahkan oleh: Atiqah Ismail 
Diterbitkan pada Januari 19, 2018 15:10 MYT 
Dalam satu kiriman emel kepada The New York Times pada Jumaat, Cohen berkata Trump dan Stephanie telah -sekeras-kerasnya- menafikan hubungan tersebut

NEW YORK: Dua laporan media muncul minggu ini yang mendedahkan lebih banyak fakta berhubung dakwaan hubungan sulit Presiden Amerika Syarikat, Donald J Trump dan bintang filem lucah Stephanie Clifford, 38 tahun yang didakwa dibayar AS$130,000 (RM520,000) sejurus sebelum pilihan raya 2016.

Laporan pertama datangnya dari Touch Magazine, yang pada Rabu yang menyiarkan petikan wawancara bersama Stephanie pada 2011.

Wanita itu mengakui pernah menjalinkan hubungan dengan Trump bermula pada 2006 dan berpisah sejak beberapa tahun yang lalu.

Dalam satu lagi  artikel oleh majalah Slate yang ditulis Ketua Editor Slate Group, Jacob Weisberg, dia memperjelaskan kenyataannya kepada The New York Times pada hari Jumaat dimana dia memperincikan perbualnanya dengan Stephanie dari Ogos sehinggalah Oktober 2016.
  
Ternyata, beliau menyatakan hal yang sama seperti yang tertulis di majalah In Touch, iaitu Stephanie pernah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Trump.

Stephanie dikatakan memberitahu Jacob, peguamnya Keith Davidson yang mewakili sebahagian bintang dan model filem lucah, telah merundingkan perjanjian berjumlah AS$130,000 dengan  Michael D. Cohen, iaitu peguam Trump.

Stephanie berkata bahawa dia berkongsi butiran ini kerana Trump masih belum membayarnya atau memuktamadkan perjanjian kerahsiaan hubungan mereka.

Manakala, Wall Street Journal pada Jumaat pula menerbitkan satu artikel mendakwa bahawa pembayaran terbabit telah dibuat.

Cohen bagaimanapun sekali lagi menafikan sebarang hubungan seksual di antara Trump dan Stephanie.

Dalam satu kenyataan yang di emel pada hari Rabu, Cohen berkata, “Ini bukan perkara baru. Ini cerita lama dan sama sekali tidak benar duhulu mahupun sekarang.

"Apa dilakukan adalah mengitar semula kisah lama dan membuat cerita palsu yang juga telah dinafikan Stephanie pada 2011, 2016 dan sekali lagi 2018,” katanya.

Dalam satu kiriman emel kepada The New York Times pada Jumaat, Cohen berkata Trump dan Stephanie telah “sekeras-kerasnya” menafikan hubungan tersebut.

Pada Jumaat, Cohen juga mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 10 Januari yang ditandatangani oleh Stephanie yang mana menyatakan hubungan beliau dengan Trump hanya terbatas dalam beberapa pertemuan secara umum, manakala isu Trump tidak membuat bayaran dan tuduhan hubungan seksual berikut adalah tidak benar sama sekali.”

Walau bagaimanapun, Stephanie tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjur, lapor The York Times lagi.


Thus Article Semakin berbahang: Isu hubungan sulit Trump dan bintang filem lucah dibongkar media US

Itulah artikel Semakin berbahang: Isu hubungan sulit Trump dan bintang filem lucah dibongkar media US Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Semakin berbahang: Isu hubungan sulit Trump dan bintang filem lucah dibongkar media US dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/semakin-berbahang-isu-hubungan-sulit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Semakin berbahang: Isu hubungan sulit Trump dan bintang filem lucah dibongkar media US"

Post a Comment