Siapa Hj Hadi berbanding Khalifah Abu Bakar AsSiddiq

Siapa Hj Hadi berbanding Khalifah Abu Bakar AsSiddiq - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Siapa Hj Hadi berbanding Khalifah Abu Bakar AsSiddiq, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Siapa Hj Hadi berbanding Khalifah Abu Bakar AsSiddiq
link : Siapa Hj Hadi berbanding Khalifah Abu Bakar AsSiddiq

Baca juga


Siapa Hj Hadi berbanding Khalifah Abu Bakar AsSiddiq

Saya membaca kenyataan seorang ilmuwan yang merupakan presiden sebuah parti di Malaysia yang seolah membayangkan bahawa meletakkan calon PM dan meletakkan kabinet bayangan bercanggah dengan adab Islam. Antara dalil yang beliau gunakan ialah kisah Bani Amir.

Saya terpanggil untuk memberikan sedikit komentar atas artikel beliau ini. Berikut komentar saya:

1. Penulis membuka bicaranya tentang politik Islam dengan sangat baik. Penulis berjaya menunjukkan keanjalan sistem politik Islam. Hadis yang bermaksud: "pemimpin dari Quraisy" tidak difahami secara literal tetapi ia bermaksud seseorang yang ingin jadi pemimpin perlu mendapat sokongan majoriti.

2. Namun setelah itu penulis seolah membayangkan bahawa adab Islam tidak meletakkan calon PM. Sebab itulah partinya tidak meletakkan calon PM.

3. Penulis menggunakan riwayat Ibn Ishaq berkaitan kisah Bani Amir. Saya bawakan riwayatnya supaya kita sama-sama lihat:

أَرَأَيْتَ إنْ نَحْنُ تَابَعْنَاكَ عَلَى أمْرِكَ، ثُمَّ أَظْهَرَكَ اللهُ عَلَى مَنْ خَالَفَكَ، أَيَكُونُ لَنَا الأَمْرُ مِنْ بَعْدِكَ؟ قَالَ: «الأَمْرُ إلَى اللهِ يَضَعُهُ حَيْثُ يَشَاءُ».
Maksudnya: kata wakil Bani Amir lepada Nabi: apa pandangan kamu jika kami mengikuti kamu dalam urusan kamu, kemudian Allah menangkan kamu ke atas orang yang memusuhimu, adakah kami akan menerima kuasa selepas dari kamu? Sabda Nabi: kekuasaan dari Allah dan Dia akan letakkan pada siapa yang Dia mahukan.

Riwayat ini dinukilkan oleh Ibn Ishaq dan sanadnya terputus dari jalur al-Zuhri.

Jika dilihat ia tidak berkaitan dengan penamaan calon pemimpin. Sebaliknya ia berkaitan dengan isu meminta jawatan. Jika dilihat dari teks ini jelas bahawa Bani Amir sudah dapat gambaran bahawa Nabi akan menjadi pemimpin mereka. Ini seolah mereka sudah dapat gambaran calon pemimpin apabila menang dan membentuk kerajaan nanti. Justeru mereka mahu berkuasa setelah Nabi.

4. Cubaan menggunakan riwayat ini untuk mengatakan menamakan calon pemimpin bukan adab Islam adalah tersasar bagi saya. Perlu diingatkan bahawa ulama tidak sepakat terhadap isu larangan meminta jawatan secara mutlak. Sebahagian ulama memperincikan hukumnya. Ia dibenarkan bagi mereka yang layak. Dan inilah pandangan yang kuat bagi sebahagian pengkaji moden.

5.  Saya tidak tahu ke mana penulis ingin bawa pembaca artikel beliau. Ia seakan flip flop. Sekejap berpegang dengan maqasid (objektif) di sebalik hadis sepertimana dalam mukadimahnya. Sekejap mahu berpegang dengan literal hadis yang melarang meminta jawatan.

6. Jika meletakkan calon PM itu dikira sebagai meminta jawatan, mengapa penulis tidak terus sahaja katakan bahawa bertanding dalam pilihanraya juga meminta jawatan dan ia dilarang juga? Bahkan ia lebih direct meminta jawatan dari pengundi.

7. Jika meletakkan calon PM dikatakan menyalahi adab Islam, bagaimana pula dengan meletakkan manifesto? Bukankah kedua-dua isu ini berkait rapat iaitu meyakinkan pengundi tentang visi dan misi parti yang bertanding untuk meraih undi dan keyakinan dari pengundi?

8. Saya ingin tegaskan bahawa isu politik dalam Islam kebanyakannya bersifat ijtihad dan anjal. Oleh itu, khulafa' rasyidin juga berijtihad dalam politik. Abu Bakar pernah mencadangkan Umar sebagai pemimpin selepasnya. Adakah Abu Bakar tidak mengamalkan adab Islam? Tidak sama sekali. Ia isu ijtihad.

9. Maka kenyataan yang mengatakan menamakan calon PM bukan adab Islam itu sebenarnya yang menyalahi adab Islam. Jangan digunakan nama Islam untuk tindakan kita sewenangnya kerana bimbang nanti bila kita tukar pandangan nama Islam akan dibawa tukar juga.

Dr Rozaimi Ramle  - via Whatsapp


Thus Article Siapa Hj Hadi berbanding Khalifah Abu Bakar AsSiddiq

Itulah artikel Siapa Hj Hadi berbanding Khalifah Abu Bakar AsSiddiq Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Siapa Hj Hadi berbanding Khalifah Abu Bakar AsSiddiq dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/siapa-hj-hadi-berbanding-khalifah-abu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Siapa Hj Hadi berbanding Khalifah Abu Bakar AsSiddiq"

Post a Comment