SPRM rampas dokumen berkaitan terowong dasar laut di KOMTAR

SPRM rampas dokumen berkaitan terowong dasar laut di KOMTAR - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SPRM rampas dokumen berkaitan terowong dasar laut di KOMTAR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : SPRM rampas dokumen berkaitan terowong dasar laut di KOMTAR
link : SPRM rampas dokumen berkaitan terowong dasar laut di KOMTAR

Baca juga


SPRM rampas dokumen berkaitan terowong dasar laut di KOMTAR

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), yang mempunyai kaitan dengan projek pembinaan terowong dasar laut, diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Operasi berkenaan dilakukan jam 9 pagi tadi, turut menyerbu beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di sekitar negeri ini.
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata serbuan itu dibuat bagi membantu siasatan kes berkaitan projek mega, yang akan menghubungkan Persiaran Gurney, di sini ke Bagan Ajam di Seberang Perai Utara.
 
Beliau berkata, pihaknya akan meneliti dokumen yang dirampas dalam serbuan itu bagi memastikan siasatan lebih menyeluruh dapat dijalankan.
 
"Kita ambil dahulu semua dokumen berkaitan projek ini untuk meneruskan siasatan serta untuk kaji isu berbangkit mengenai projek terowong dasar laut.
 
"Serbuan ini dibuat berdasarkan bukti baharu berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut yang dikemukakan kepada SPRM," katanya seperti dilaporkan BH Online.
 
Difahamkan, SPRM menyerbu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian di KOMTAR dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri di Jalan Sungai Pinang, di sini.
 
Selain itu, pejabat syarikat pemaju Ewin-Zenith Sdn Bhd, 555 Capital Sdn Bhd dan Konsortium Zenith di sekitar negeri ini.
 
 
 
Sabtu lalu, Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat laporan kedua dan mengemukakan bukti baru kepada SPRM berhubung projek terowong dasar laut dirangka kerajaan DAP Pulau Pinang.
 
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.
 
Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaannya yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran membabitkan pertukaran tanah kerajaan negeri.
 
Pelaksanaannya juga dibantah dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.
 
Oktober tahun lalu, Kerajaan DAP Pulau Pinang mengakui gagal menyerahkan laporan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut kepada Kementerian Kerja Raya, dengan alasan jangkaan pelaksanaan projek terbabit masih lambat, iaitu pada 2023.


Thus Article SPRM rampas dokumen berkaitan terowong dasar laut di KOMTAR

Itulah artikel SPRM rampas dokumen berkaitan terowong dasar laut di KOMTAR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel SPRM rampas dokumen berkaitan terowong dasar laut di KOMTAR dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/sprm-rampas-dokumen-berkaitan-terowong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPRM rampas dokumen berkaitan terowong dasar laut di KOMTAR"

Post a Comment