Tajuk : Tetap jadi simpanan tetap BN: Realiti atau Salleh masih di alam fantasi silam?
link : Tetap jadi simpanan tetap BN: Realiti atau Salleh masih di alam fantasi silam?
Tetap jadi simpanan tetap BN: Realiti atau Salleh masih di alam fantasi silam?
Sabah tetap simpanan tetap BN - Salleh Said
Ruzaini Zulkepli, Astro Awani | Diterbitkan pada Januari 26, 2018 14:00 MYT
SALLEH (tengah) bersama Shamsul menunjukkan isyarat bagus pada Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 Biro Kebajikan UMNO Malaysia di Kota Belud. - Astro AWANI/RUZAINI ZULKEPLI
KOTA BELUD: UMNO negeri yakin Sabah akan terus menjadi simpanan tetap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Dr.Salleh Said Keruak berkata, Sabah tidak akan terlepas dari menjadi simpanan tetap BN kerana rakyat di negeri ini tahu parti yang benar-benar ikhlas dalam menjamin pembangunan dan kestabilan politik di negara ini.
"Sabah akan terus menjadi simpanan tetap BN kalau kita terus bekerjasama tanpa mengira siapa yang akan memimpin parti kita kerana kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 Biro Kebajikan UMNO Malaysia dengan kerjasama Biro Kebajikan UMNO Sabah dan UMNO Bahagian Kota Belud, Kampung Taun Gusi, di sini, hari ini.
Salleh turut mengingatkan rakyat agar tidak termakan dengan janji manis pembangkang yang hanya tahu menabur janji palsu setiap kali menjelang pilihan raya tetapi tidak konsisten untuk menunaikan janji.
"Sebelum ini kita telah melihat banyak parti yang telah ditubuhkan di negeri ini, namun sehingga kini terdapat juga parti yang hanya kita kenali melalui nama, kerana tujuan mereka hanya mahu memegang jawatan dan bukan berdasarkan keikhlasan untuk membantu rakyat," katanya.
Sempena program yang diadakan sejak empat hari lalu bermula di Libaran, Batu Sapi, Semporna, Tenom, Beaufort dan seterusnya ke Kota Belud hari ini, seramai lebih 10,000 penerima telah menerima bantuan.
Yang turut hadir Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk Datuk Musbah Jamli.

Thus Article Tetap jadi simpanan tetap BN: Realiti atau Salleh masih di alam fantasi silam?
Itulah artikel Tetap jadi simpanan tetap BN: Realiti atau Salleh masih di alam fantasi silam? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tetap jadi simpanan tetap BN: Realiti atau Salleh masih di alam fantasi silam? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/tetap-jadi-simpanan-tetap-bn-realiti.html
0 Response to "Tetap jadi simpanan tetap BN: Realiti atau Salleh masih di alam fantasi silam?"
Post a Comment