Untuk Sahabat Amanah- ambillah spirit Hudaibiyyah.

Untuk Sahabat Amanah- ambillah spirit Hudaibiyyah. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Untuk Sahabat Amanah- ambillah spirit Hudaibiyyah., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Untuk Sahabat Amanah- ambillah spirit Hudaibiyyah.
link : Untuk Sahabat Amanah- ambillah spirit Hudaibiyyah.

Baca juga


Untuk Sahabat Amanah- ambillah spirit Hudaibiyyah.

Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

1. Saya boleh bayangkan kekecewaan yang amat sangat di kalangan mungkin sebahagian besar pemimpin, ahli, penyokong, pendokong dan aktivis parti Amanah kerana Amanah dialokasikan jumlah kerusi Parlimen yang paling kecil - 27 kerusi sahaja- bila diumumkan oleh KSU PH semalam. 

 2. Bohonglah jika saya juga tidak kecewa dan simpati. Namun,saya harus akui di sinilah , saya kena tabik spring kat wakil2 Amanah yang terlibat dalam rundingan kerusi Parlimen tersebut .Dan tabik khas kepada Presiden parti saya, Tuan Hj Mohamad Sabu. Beliau nampaknya istiqamah berpindah dari satu ujian ke satu ujian, satu risiko lama ke satu risiko baru. 

 3. Presiden Amanah , bagi saya, memilih risiko tidak disukai oleh para ahli dan penyokong Amanah dan juga memilih opsyen tidak populis. Kerana apa? Bagi saya, demi memastikan PH kuat , solid dan bersatu berhadapan dengan satu" monster" yang amat besar dan kuat- Umno/BN. 

 4. Malangnya, itulah adat resam dan asam garamnya bila kita mengadakan koalisi politik ( political coalition/alliance ) - perlu banyak bersabar dan perlu banyak berkorban. Tidak boleh sama sekali hilang fokus kita. 

 5. Ya, secara nisbinya, mungkin lebih mudah jika kita memilih bergerak solo.Lalu , kita isytiharkan secara solo jumlah kerusi yang banyak untuk kita bertanding dan dengan tanpa rasa bersalah ,secara solo juga kita isytihar kerusi ini dan itu, sini dan situ adalah kerusi tradisional parti aku. 

 6. Tun M sendiri secara terbuka menyatakan kejayaan pembahagian kerusi PH semalam kerana AMANAH. Ini, bagi saya , satu pengiktirafan yang amat dan penuh bermakna bagi perjuangan Amanah dan menjadi satu sejarah yang akan tertulis dan dibaca suatu hari nanti insyaAllah. 

 7. Hakikatnya , PH ini sendiri berjaya ditubuhkan di atas kesedaran perlunya semua pihak mengorbankan rasa ego masing-masing. Tun M perlu korbankan egonya sebagai Negarawan ulung dengan sanggup dan rela "berdamai" dengan musuh pokitiknya. Sanggup memimpin semula di usia emasnya untuk runtuhkan semula mantan partinya sendiri. DSAI dan keluarga, para aktivis reformasi yang ramai di dalam PKR juga rela korbankan rasa ego, marah dan benci atau dendam khususnya kepada Tun M. DAP dan Amanah juga begitu. 

 8. Untuk para sahabat parti Amanah , saya rasa sebagai "tasliah" (hiburan hati) mungkin kita perlu ambil "spirit" Sulh- Hudaibiyyah. Para sahabat r.a ramai yang tidak puas hati , Nabi s.a.w. juga berduka dengan sikap sebahagian drp para sahabatnya sendiri.Lihatlah peranan wanita yang nasihat Nabi s.a.w. Apa pun, "the end result" nya amat positif utk perjuangan kebenaran. 

 Untuk para sahabat Amanah, mudah- mudahan segala pengorbanan anda semua itu tertulis sebagai amal soleh insyaAllah.. Ameen. CnP Haniffa Maidin


Thus Article Untuk Sahabat Amanah- ambillah spirit Hudaibiyyah.

Itulah artikel Untuk Sahabat Amanah- ambillah spirit Hudaibiyyah. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Untuk Sahabat Amanah- ambillah spirit Hudaibiyyah. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/untuk-sahabat-amanah-ambillah-spirit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Untuk Sahabat Amanah- ambillah spirit Hudaibiyyah."

Post a Comment