Tajuk : [Video Orang kampung dah sedar! Najib memerintah SENGSARAKAN rakyat & Najib sila saman BBC] PETUNJUK PAKATAN HARAPAN DIYAKINI & Kenapa Duta EU tak pilih Gagasan Sejahtera yang dipimpin Hadi Awang?
link : [Video Orang kampung dah sedar! Najib memerintah SENGSARAKAN rakyat & Najib sila saman BBC] PETUNJUK PAKATAN HARAPAN DIYAKINI & Kenapa Duta EU tak pilih Gagasan Sejahtera yang dipimpin Hadi Awang?
[Video Orang kampung dah sedar! Najib memerintah SENGSARAKAN rakyat & Najib sila saman BBC] PETUNJUK PAKATAN HARAPAN DIYAKINI & Kenapa Duta EU tak pilih Gagasan Sejahtera yang dipimpin Hadi Awang?
Sabtu, 27 Januari 2018PETUNJUK PAKATAN HARAPAN DIYAKINI ANTARABANGSA UNTUK AMBIL ALIH PUTRAJAYA
Bukan sesuatu yang biasa bagi duta-duta asing mengadakan pertemuan dengan parti-parti pembangkang, lebih-lebih lagi secara berkumpulan dan beramai-ramai, menjelang pilihanraya umum diadakan.
Dalam banyak pilihanraya sebelum ini, tidak pernah duta-duta asing mengambil langkah yang sama.
Tetapi, ia nampaknya berbeza dengan Pakatan Harapan menjelang PRU 14 akan datang.
Seramai 14 duta dan tiga "Charge de Affairs" daripada Negara-Negara Kesatuan Eropah atau EU telah sepakat mengadakan pertemuan serta perbincangan selama kira-kira dua jam dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad.
Pertemuan mereka dengan Pakatan Harapan itu tentu saja mendapat restu daripada kerajaan negara masing-masing dan ini tidak lain memberi gambaran keyakinan mereka terhadap peralihan kerajaan bakal berlaku dalam pilihanraya akan datang.
Jika tiada keyakinan, untuk apa duta-duta itu sedia bertemu dengan Pakatan Harapan?
Bukankah lebih baik mereka terus mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dengan kerajaan BN pimpinan Najib Razak yang sedang memerintah negara ini?
Kenapa Pakatan Harapan yang diketuai Tun Mahathir jadi pilihan, tidak Gagasan Sejahtera yang dipimpin oleh Hadi Awang?
Sudah tentu ada sesuatu yang istimewa dalam hal ini.
Apakah keyakinan terhadap Pakatan Harapan ini memberi gambaran ketidakyakinan duta-duta EU terhadap cara negara menangani pelbagai isu, khususnya berkaitan 1MDB yang diperkatakan di seluruh dunia?
Dengan pertemuan duta dan wakil daripada EU itu, tidak mustahil selepas ini duta-duta asing daripada blok seperti Asia, Afrika, OIC dan lain-lain negara akan turut mengambil langkah yang sama bertemu dengan Pakatan Harapan sebagai langkah awal menjalin hubungan dengan bakal kerajaan baru bagi Malaysia.
Keyakinan antarabangsa terhadap Pakatan Harapan ini adalah berita baik bagi masa depan Malaysia setelah berlakunya pertukaran kerajaan nanti kerana ianya sudah pasti memudahkan pelbagai urusan berkaitan pelaburan untuk dipertingkatkan demi kebaikan negara.
Rakyat Malaysia yang celik sesungguhnya tidak harus menutup mata begitu saja dengan perkembangan positif ini. (ShahbudinHusin 27/01/2018).
Thus Article [Video Orang kampung dah sedar! Najib memerintah SENGSARAKAN rakyat & Najib sila saman BBC] PETUNJUK PAKATAN HARAPAN DIYAKINI & Kenapa Duta EU tak pilih Gagasan Sejahtera yang dipimpin Hadi Awang?
Itulah artikel [Video Orang kampung dah sedar! Najib memerintah SENGSARAKAN rakyat & Najib sila saman BBC] PETUNJUK PAKATAN HARAPAN DIYAKINI & Kenapa Duta EU tak pilih Gagasan Sejahtera yang dipimpin Hadi Awang? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel [Video Orang kampung dah sedar! Najib memerintah SENGSARAKAN rakyat & Najib sila saman BBC] PETUNJUK PAKATAN HARAPAN DIYAKINI & Kenapa Duta EU tak pilih Gagasan Sejahtera yang dipimpin Hadi Awang? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/video-orang-kampung-dah-sedar-najib.html
0 Response to "[Video Orang kampung dah sedar! Najib memerintah SENGSARAKAN rakyat & Najib sila saman BBC] PETUNJUK PAKATAN HARAPAN DIYAKINI & Kenapa Duta EU tak pilih Gagasan Sejahtera yang dipimpin Hadi Awang?"
Post a Comment