Zamihan dan tokoh rapat Asri dilarang beri kuliah di Perak

Zamihan dan tokoh rapat Asri dilarang beri kuliah di Perak - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Zamihan dan tokoh rapat Asri dilarang beri kuliah di Perak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Zamihan dan tokoh rapat Asri dilarang beri kuliah di Perak
link : Zamihan dan tokoh rapat Asri dilarang beri kuliah di Perak

Baca juga


Zamihan dan tokoh rapat Asri dilarang beri kuliah di Perak

 
Mufti Perak berkata Zamihan dan Rozaimi masing-masing membawa ajaran yang bertentangan dengan mazhab Shafie dan ada pengaruh Wahabi.


Harussani-Zakaria-Zamihan-Mat-Zin-Muhamad-Rozaimi-Ramle

PETALING JAYA: Dua penceramah agama yang masing-masing tidak sehaluan antara satu sama lain diharamkan daripada menyampaikan kuliah di Perak, menurut arahan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Zamihan Mat Zin dan penceramah bebas Muhamad Rozaimi Ramle dilarang untuk mengajar, memberi ceramah dan bersyarah di Perak, kata Harussani.

Larangan itu atas alasan kandungan kuliah mereka tidak berdasarkan mazhab Shafie, di samping mempunyai pengaruh fahaman Wahabi, aliran Islam yang dilihat mempersoalkan pelbagai amalan Sunnah Wal Jamaah seperti diikuti majoriti umat Islam di Malaysia.

“Mereka tidak dibenarkan masuk (mengajar) di Perak kerana memecah belahkan umat Islam di Perak,” katanya kepada FMT. “Jika mereka masuk (mengajar), mereka boleh ditangkap.”

Rozaimi yang dilihat rapat dengan Mufti Perlis, Datuk Asri Zainul Abidin, merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan juga sebahagian ahli Jawatakuasa Fatwa Perlis.

Beliau kerap menjadi sasaran Zamihan, yang mengetuai Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja).

Zamihan baru-baru ini mengundang kontroversi berkait kuliahnya pada Oktober lalu yang meluahkan rasa tidak senang terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana mengkritik sebuah dobi yang menghalang pelanggan bukan Islam.

Arahan terkini Harussani menjadikan Perak negeri kedua selepas Selangor untuk mengharamkan kuliah Zamihan.

Dalam suratnya kepada Jabatan Agama Islam Perak bertarikh 3 Januari lalu, Harussani berkata larangan terhadap Rozaimee dan Zamihan merangkumi mana-mana premis terbuka termasuk masjid dan surau.

Larangan itu terpakai sehingga kedua-dua individu mendapat tauliah mengajar di bawah Peraturan-Peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013.

“Pihak-pihak berkeinginan menjemput kedua-dua tokoh tersebut perlulah merujuk kepada Jabatan Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak untuk sebarang maklumat,” katanya.





Thus Article Zamihan dan tokoh rapat Asri dilarang beri kuliah di Perak

Itulah artikel Zamihan dan tokoh rapat Asri dilarang beri kuliah di Perak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Zamihan dan tokoh rapat Asri dilarang beri kuliah di Perak dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/zamihan-dan-tokoh-rapat-asri-dilarang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zamihan dan tokoh rapat Asri dilarang beri kuliah di Perak"

Post a Comment