Acara perkahwinan pelik di Vietnam: Ibu Bapa, jadi Tetamu Upahan

Acara perkahwinan pelik di Vietnam: Ibu Bapa, jadi Tetamu Upahan - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Acara perkahwinan pelik di Vietnam: Ibu Bapa, jadi Tetamu Upahan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Acara perkahwinan pelik di Vietnam: Ibu Bapa, jadi Tetamu Upahan
link : Acara perkahwinan pelik di Vietnam: Ibu Bapa, jadi Tetamu Upahan

Baca juga


Acara perkahwinan pelik di Vietnam: Ibu Bapa, jadi Tetamu Upahan

Ibu Bapa, Tetamu Upahan
sarawakiana.net  -  Published: Wednesday, 28 February 2018
HANOI: Cinta terlarang, hamil sebelum kahwin atau sebab-sebab lain menyebabkan perkhidmatan tetamu upahan majlis perkahwinan semakin popular di Vietnam dengan bayaran antara AS$1,500 (RM5,865) hingga AS$4,400 (RM17,200).

Melalui pakej itu, seseorang bukan saja boleh mendapat ahli keluarga dan tetamu, malah pasangan untuk dikahwini pada majlis perkahwinan mereka.

Ia mungkin pelik, namun perkhidmatan itu semakin mendapat tempat di Vietnam, malah sebuah syarikat mengakui sudah mengadakan ribuan majlis perkahwinan palsu setiap tahun.

Seorang wanita dikenali sebagai Kha turut mendapatkan suami upahan daripada perkhidmatan itu bagi mengelak tekanan keluarga dan masyarakat kerana hamil luar nikah.

“Ibu bapa saya orang pertama akan menanggung malu jika mendapati saya hamil tanpa suami,” katanya yang dikenakan bayaran AS$1,500 (RM5,865).

Walaupun perkahwinan itu adalah pura-pura dan tidak sah dari segi undang-undang, menurut Kha, dia tidak kisah, malah bersyukur dengan perkhidmatan seumpama itu.

“Saya sudah tidak tahu apa lagi boleh dilakukan, namun bernasib baik ada pilihan seperti ini,” katanya.

Perkahwinan Kha dilakukan secara rahsia dan dia merancang memaklumkan kepada keluarga sudah diceraikan suami memandangkan status janda lebih baik daripada hamil luar nikah.

Lebih separuh daripada 93 juta populasi penduduk di Vietnam adalah golongan muda yang berusia bawah 30-an yang memilih meninggalkan cara hidup konservatif, tinggal bersama tanpa perkahwinan.

Satu lagi pasangan, Huong dan teman lelakinya, Quan menggunakan perkhidmatan itu kerana hubungan mereka dihalang keluarga.

Huong tidak diterima keluarga teman lelaki kerana latar belakang miskin, lalu mendorong mereka mengambil tetamu upahan menghadiri majlis perkahwinan.

Mereka kemudian mengadakan majlis perkahwinan dan walaupun tetamu yang datang adalah jemputan sebenar, namun ibu, bapa dan saudara mara serta rakan Huong diupah.-AFP


Thus Article Acara perkahwinan pelik di Vietnam: Ibu Bapa, jadi Tetamu Upahan

Itulah artikel Acara perkahwinan pelik di Vietnam: Ibu Bapa, jadi Tetamu Upahan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Acara perkahwinan pelik di Vietnam: Ibu Bapa, jadi Tetamu Upahan dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/acara-perkahwinan-pelik-di-vietnam-ibu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Acara perkahwinan pelik di Vietnam: Ibu Bapa, jadi Tetamu Upahan"

Post a Comment