Belum apa-apa dah gaduh ka: 'Bohong' dan 'badut', siapa yang bercakap benar ni?

Belum apa-apa dah gaduh ka: 'Bohong' dan 'badut', siapa yang bercakap benar ni? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Belum apa-apa dah gaduh ka: 'Bohong' dan 'badut', siapa yang bercakap benar ni?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Belum apa-apa dah gaduh ka: 'Bohong' dan 'badut', siapa yang bercakap benar ni?
link : Belum apa-apa dah gaduh ka: 'Bohong' dan 'badut', siapa yang bercakap benar ni?

Baca juga


Belum apa-apa dah gaduh ka: 'Bohong' dan 'badut', siapa yang bercakap benar ni?

KERUSI PRU14: IZHAM GELAR AZMIN BADUT
Wartawan Sinar Harian

Ir Izham Hashim

SHAH ALAM - Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai 'badut' dan tidak layak menjadi menteri besar.

Beliau sebelum itu menafikan dakwaan Mohamed Azmin, Amanah berbohong dalam soal rundingan kerusi di negeri itu.

“Tak ada (rundingan kerusi). Dia ni badut. Bila kita bincang kerusi? Hanya PKR yang bincang tentang soal itu, tidak ada yang bincang dengan mereka,” katanya seperti dilapor sebuah portal berita.

Katanya, Amanah sudah menghantar surat rasmi kepada Mohamed Azmin supaya mengadakan mesyuarat khas bagi perkara itu, tetapi ia masih tidak diadakan.

“Nak jadi Pengerusi Harapan Selangor kena bijak. Sejujurnya beliau tak berkebolehan untuk jadi menteri besar dan pengerusi negeri. Beliau tak boleh uruskan perkara mudah sebegini.

“Mesyuarat tak panggil kemudian tuduh kita pula yang berbohong,” katanya lagi.

Terdahulu, Azmin dalam sebuah portal berita itu mendakwa Amanah berbohong kerana mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk Selangor belum dibentuk, sedangkan dakwanya ia sudah bermesyuarat sebanyak empat kali.

Izham berkata, memang ada mesyuarat sebelum ini tetapi ia lebih kepada persiapan pilihan raya seperti soal daftar pemilih dan pengiraan undi, bukannya soal pembahagian kerusi antara empat parti komponen Harapan.

“Mesyuarat empat parti untuk bincang kerusi memang tak ada, boleh semak dengan DAP dan Bersatu. Yang ada hanya mesyuarat pilihan raya,” katanya lagi.

Beliau turut dipetik berkata, ada perbezaan jelas antara pembahagian kerusi dengan mesyuarat persiapan pilihan raya, dan wakil parti dalam mesyuarat itu tidak mempunyai mandat untuk membincangkan soal kerusi.

Katanya, Harapan Selangor hanya pernah bermesyuarat sebanyak dua kali, kali terakhir dipengerusi Mohamed Azmin Oktober lalu.

Terdahulu: 

AMANAH BERBOHONG... TAK CAKAP BENAR
Wartawan Sinar Harian
Mohamed Azmin Ali

RAWANG - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa beliau sudah mengadakan pertemuan sebanyak empat kali dengan jawatankuasa rundingan kerusi untuk berbincang bukan sahaja pembahagian kerusi namun isu lain berkaitan dengan PRU14.

Beliau berkata, rundingan kerusi merupakan  isu utama dibincangkan dalam jawatankuasa tersebut.

Bagaimanapun katanya, tiada persetujuan dicapai dalam kalangan parti Harapan.

"Tidak akan ada suatu jawatankuasa khas. Biar saya jelaskan... kami telah bertemu sebanyak empat kali untuk berbincang bukan sahaja pembahagian kerusi tetapi isu-isu lain berkaitan dengan PRU14. Sudah tentu rundingan kerusi merupakan antara isu utama yang dibincangkan dalam jawatankuasa tersebut.

“Malangnya kami masih belum mencapai persetujuan di kalangan empat parti ini. Tetapi sekarang terdapat permintaan, daripada menamakan jawatankuasa pilihan raya negeri Selangor, mereka mahukan ia untuk memfokuskan kepada rundingan kerusi.

“(Jadi) mereka menamakannya sebagai ‘jawatankuasa rundingan kerusi’. Anggota yang sama, anggota parti yang sama, parti yang sama,” katanya seperti dilapor sebuah portal.

Beliau sebelum itu menempelak Parti Amanah Negara (Amanah) kerana ‘berbohong’ dengan mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk negeri itu masih belum lagi dibentuk.

“Amanah berbohong... Amanah tidak mengatakan yang benar, Amanah tidak amanah.

“Bolehkah Amanah paling kurang memberitahu orang ramai perkara yang sebenarnya? Kita telah bertemu sebanyak empat kali?” katanya lagi seperti dipetik dalam portal tersebut.

Azmin membuat bidasan selepas ditanya sama ada jawatankuasa khas rundingan kerusi Harapan yang diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad itu telah bertemu atau tidak.

Terdahulu beliau berkata, ‘lebih 80 peratus’ kerusi telahpun diputuskan setakat ini.

“Anda tidak boleh mengharapkan kami memutuskan 100 peratus rundingan kerusi empat bulan sebelum pilihan raya,” katanya lagi.

Tun Mahathir membuat pengumuman berkenaan jawatankuasa khas itu selepas rundingan kerusi Harapan di Selangor dilaporkan menemui jalan buntu kerana perbezaan pandangan di antara PKR dan tiga lagi parti Harapan

Difahamkan, tiga parti Harapan enggan berunding kerusi dalam jawatankuasa pilihan raya negeri Selangor dan menggesa suatu jawatankuasa lain dibentuk.

* Yang menjadikan kedua-duanya bodoh adalah kenapa bising melalui hebahan akhbar? Tak bolehkan dibincang secara tertutup dan luahkan apa yang terbuku dan kusut secara senyap-senyap?


Thus Article Belum apa-apa dah gaduh ka: 'Bohong' dan 'badut', siapa yang bercakap benar ni?

Itulah artikel Belum apa-apa dah gaduh ka: 'Bohong' dan 'badut', siapa yang bercakap benar ni? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Belum apa-apa dah gaduh ka: 'Bohong' dan 'badut', siapa yang bercakap benar ni? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/belum-apa-apa-dah-gaduh-ka-bohong-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Belum apa-apa dah gaduh ka: 'Bohong' dan 'badut', siapa yang bercakap benar ni?"

Post a Comment