BIPPA PKR Tuntut Kerajaan Perancis Bebaskan Professor Tariq Ramadan

BIPPA PKR Tuntut Kerajaan Perancis Bebaskan Professor Tariq Ramadan - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk BIPPA PKR Tuntut Kerajaan Perancis Bebaskan Professor Tariq Ramadan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : BIPPA PKR Tuntut Kerajaan Perancis Bebaskan Professor Tariq Ramadan
link : BIPPA PKR Tuntut Kerajaan Perancis Bebaskan Professor Tariq Ramadan

Baca juga


BIPPA PKR Tuntut Kerajaan Perancis Bebaskan Professor Tariq Ramadan

Oleh Dr Muhammad Nur Manuty


 Penahanan Profesor Tariq Ramadan secara mengejut dan pertuduhan liar keatas dirinya oleh pihak berkuasa Perancis adalah satu tindakan politik yang tidak bermoral kerana motifnya adalah bertujuan untuk “character assisination” keatas dirinya. 

 Tokoh pemikir Islam yang berwibawa di dunia Barat pada masa kini adalah cucu kepada Imam Hassan al-Banna, Pengasas, gerakan al-Ikhwan al-Muslimun, Mesir yang terkenal. Sesungguhnya Profesor Tariq Ramadan telah banyak memberi sumbangan terhadap penyegaran pemikiran Islam pada masa kini. 

 Hubungannya yag rapat dengan DSAI, Ketua Umum, PKR, telah mempengaruhi generasi muda Muslim di Malaysia menjadikan mereka aktif berparpitasipasi dalam wacana-wacana tajdidi al-fikr al Islamiy (pembaharuan pemikiran Islam).

 Profesor Tariq Ramadan dituduh oleh pihak berkuasa Perancis merogol dua orang wanita pada tahun 2009 dan 2012. Tidak syak lagi tuduhan berat itu adalah satu fitnah besar yang bertujuan untuk pemusnahan karier beliau sebagai seorang sarjana Islam yang begitu berpengaruh dalam masyaraat minoriti Muslim bahkan dalam masyarakat barat. 

 Adalah jelas bahawa tindakan pihak berkuasa Perancis itu adalah wabak petanda bahawa Islamophobia sedang merebak dengan serius di dunia Barat dan mengancam kesejehteraab hidup masyarakat Muslim dan bukan Muslim. Justeru, BIPPA, PKR, mendukung sepenuhnya gerakan Kempen Pembebasan Tariq Ramadan yang sedang digerakkan oleh pelbagai ngo sivil dengan gandingan ngo-ngo Islam di dalam dan diluar negara. Kita menuntut keadilan sepenuhnya untuk Profesor Tariq Ramadan dengan jaminan pengadilan yang seadilnya dari segi penghakiman tanpa dilatari oeh tujuan politik, layanan yang baik dalam tahanan dan paling mendesak pada saat ini, Profesor Tariq Ramadan segera dibebaskan. 

 Selain itu, BIPPA, PKR, menyeru semua ngo-ngo sivil dan ngo-ngo Islam yang perihatin dengan perjuangan Profesor Tariq Ramadan untuk kehadapan bagi membantu Kempen Pembebasan Tariq Ramadan iaitu dengan cara membuat bantahan bantahan kepada kerajaan Perancis dan lain-lain kerajaan yang berpengaruh di peringkat antara bangsa. Alhamdulillah, sokongan moral kepadanya pada peringkat antara bangsa semakin meluas dan bertambah kuat.

Firman Allah SWT: “Mereka hendak memadam cahaya (Agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan), tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayanya meskipun orang-orang kafir membencinya. (Surah al-Saff: 8) 

Dr Muhammad Nur Manuty 
Pengerusi BIPPA, PKR 
19hb Februari 2018


Thus Article BIPPA PKR Tuntut Kerajaan Perancis Bebaskan Professor Tariq Ramadan

Itulah artikel BIPPA PKR Tuntut Kerajaan Perancis Bebaskan Professor Tariq Ramadan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel BIPPA PKR Tuntut Kerajaan Perancis Bebaskan Professor Tariq Ramadan dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/bippa-pkr-tuntut-kerajaan-perancis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BIPPA PKR Tuntut Kerajaan Perancis Bebaskan Professor Tariq Ramadan"

Post a Comment