Kejutan di Pasir Tumboh

Kejutan di Pasir Tumboh - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kejutan di Pasir Tumboh, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kejutan di Pasir Tumboh
link : Kejutan di Pasir Tumboh

Baca juga


Kejutan di Pasir Tumboh

Hanafi buat kejutan di Pelancaran PH Pasir Tumboh
ZIKRI ABDULLAH  -  February 6, 2018 7:25 am
Mohd Hanafi Mat Amin (berbaju biru)

Mantan Ketua Penghulu bagi penghulu lantikan kerajaan negeri bagi Dun Pasir Tumboh, Mohd Hanafi Mat Amin membuat kejutan besar apabila membuat pengisytiharan keluar Pas dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) di majlis pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) Jumaat lalu.

Beliau yang dikenali ramai sebagai Tok Ngulu Pi merupakan seorang ahli jawatankuasa Majlis Tindakan Dun Pas Pasir Tumboh.

Pengerusi Jawatankuasa Dun (JDUN) AMANAH, Peguam Che Mat Isa Che Dir yang mengalu-alukan kemasukan beliau ke AMANAH berharap perkembangan ini akan memudahkan kempen pilihan raya umum nanti.
Pengarah Undang-undang PH Kelantan, Hisham Fauzi yang merasmikan pelancaran PH Pasir Tumboh

“Sebagai ketua sekelian penghulu di Dun ini tentulah beliau mampu memberi sumbangan bermakna kepada AMANAH dan PH,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Dalam ucapan ringkas selepas menyerahkan borang AMANAH beliau mengaku telah lama berminat dengan parti baru bernama AMANAH kerana hala tuju perjuangannya yang jelas.

“Parti ini amat jelas hala tujunya untuk kekal dengan perjuangan asal kita untuk menentang kezaliman Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Agak pelik apabila parti lama saya begitu mesra dan tidak lagi seperti dulu bila berhadapan dengan parti pemerintah yang dulu kita tentang habis-habisan,” katanya.

Majlis yang bermula sejak jam 2 petang itu mengadakan program jamuan laksa bagi mengutip derma bagi mengisi tabung derma pilihan raya bagi Dun berkenaan.

Setiausaha Dun PH Pasir Tumboh, Abdullah Zawawi Wahab berkata, kehadiran amat memuaskan kerana semua anggota empat parti hadir memberi sumbangan masing-masing.

“Saya perhatikan orang Pas pun ada yang datang dan menderma,” katanya.
Petugas PH yang dilantik diberikan watikah

Hadirin katanya, turut dihiburkan oleh kumpulan dikir barat yang diundang khas kelolaan kelolaan pemuda Bersatu.

“Bagi pihak penganjur kami amat berbesar hati atas kehadiran begitu ramai pimpinan semua parti dari kawasan Kubang Kerian dan luar Kubang kerian,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Undang-undang PH Kelantan, Hisham Fauzi yang merasmikan pelancaran itu berkata dalam ucapannya supaya semua unit gerak kerja pilihan raya digerakkan ke tahap maksimum seberapa segera.

“Kini kita telah memasuki pusingan akhir untuk berlawan jadi tiada apa lagi yang patut ditangguhkan.

“Kita patut menjadikan gerak kerja Dun ini yang telah bersiap begini rupa seolah-olah pilihan raya akan berlaku minggu depan,” katanya.

Pada majlis itu semua petugas PH yang dilantik disampaikan watikah, manakala semua 12 ketua pusat daerah mengundi (PDM) menerima bendera parti-parti dalam PH sebagai simbol bermulanya kerja-kerja akhir menghadapi pilihan raya.


Thus Article Kejutan di Pasir Tumboh

Itulah artikel Kejutan di Pasir Tumboh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kejutan di Pasir Tumboh dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/kejutan-di-pasir-tumboh.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kejutan di Pasir Tumboh"

Post a Comment