Kenapa Husam beria pertahan Kelantan?

Kenapa Husam beria pertahan Kelantan? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kenapa Husam beria pertahan Kelantan?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kenapa Husam beria pertahan Kelantan?
link : Kenapa Husam beria pertahan Kelantan?

Baca juga


Kenapa Husam beria pertahan Kelantan?

Apabila Husam pertahan Kelantan
mk   -  Hari ini, 7:08 pm
Veteran PAS, Subky Latif memuji tindakan Datuk Husam Musa yang menurutnya membela Kelantan daripada ditempelak Datuk Seri Najib Razak.

Beliau merujuk kenyataan naib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) yang menyifatkan perdana menteri membuli Kelantan dengan mengungkit peruntukan kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri di khalayak ramai.

Ia selepas Najib dalam satu majlis di Kota Bharu dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan tidak akan mampu membayar gaji kakitangannya jika tidak kerana dana daripada kerajaan persekutuan.

Bagi Subky, kenyataan Husam itu sangat tepat dan patut dipuji parti lamanya sendiri.

"Husam bukan lagi sebahagian daripada kerajaan negeri, bahkan parti yang memerintah iaitu PAS. Atas sifatnya sebagai rakyat Kelantan, (beliau) tidak dapat membiarkan negerinya ditempelak perdana menteri.

"Husam telah beri jawapan yang tepat seperti yang PAS patut buat...PAS patut suka dengan apa yang dia (Husam) kata itu," katanya (gambar) dalam rencana yang disiarkan di Harakahdaily, 2 Februari lalu.
Najib juga membandingkan peruntukan persekutuan kepada negeri itu sejak 2006, iaitu berjumlah RM14.69 bilion, yang lebih tinggi berbanding 22 tahun pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu sebanyak RM12.7 bilion.

Husam yang merupakan bekas naib presiden PAS berkata, sudah menjadi tanggungjawab persekutuan untuk membantu negeri, seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Nafkah wajib tak perlu diungkit. Kalau nak ungkit, ungkit masa MB Kelantan datang jumpa tambah peruntukan. Bukan depan rakyat jelata kerana nak malukan MB dan Kerajaan Pas Kelantan," kata Husam.
Subky berkata bukan saja Husam, malah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed juga patut tersinggung dengan kenyataan Najib.

Katanya, kenyataan Najib telah menyinggung kenyataan rakyat Kelantan, termasuk yang tidak menyokong PAS, maka selaku pemimpin negeri Mustapa perlu menyusuli langkah Husam.

PAS dan Husam

Subky yang juga bekas anggota jawatankuasa pusat PAS bahkan menyifatkan Husam sebagai pemimpin "berfikiran geliga" yang pernah ada dalam parti itu.

"Tetapi dia memilih jalan untuk tidak bersama PAS, suatu kejadian yang saya amat pilu," katanya lagi.

Subky membangkitkan isu royalti minyak Kelantan yang menurutnya pertama kali dibangkitkan Husam beberapa tahun lalu.
Katanya, kerajaan negeri pastinya tidak berhadapan masalah membayar gaji kakitangannya jika kerajaan persekutuan "tidak curi royalti".

Pada 2012, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas yang dianggotai pakar undang-undang dan wakil kerajaan Kelantan, Terengganu dan Pahang bagi mengkaji semula pembayaran tunai hasil minyak di pantai timur Malaysia.

Ia sehingga kini menjadi isu utama HARAPAN di Kelantan, dengan janji memberikan royalti 20 peratus jika berjaya mengalahkan BN pada pilihan raya umum ke-14.

"Husam juga yang bongkar (kerajaan) pusat curi minyak Kelantan. Yang elok padanya wajar dihargai. Dia suruh PAS keluarkan dia, (itulah) yang tidak eloknya," kata Subky lagi.


Thus Article Kenapa Husam beria pertahan Kelantan?

Itulah artikel Kenapa Husam beria pertahan Kelantan? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kenapa Husam beria pertahan Kelantan? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/kenapa-husam-beria-pertahan-kelantan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kenapa Husam beria pertahan Kelantan?"

Post a Comment