Kerajaan Selangor menyerahkan bantahan di pejabat SPR

Kerajaan Selangor menyerahkan bantahan di pejabat SPR - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerajaan Selangor menyerahkan bantahan di pejabat SPR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerajaan Selangor menyerahkan bantahan di pejabat SPR
link : Kerajaan Selangor menyerahkan bantahan di pejabat SPR

Baca juga


Kerajaan Selangor menyerahkan bantahan di pejabat SPR

Kerajaan negeri serah bantahan
NOR AZIHAN MD GHAZALI  -  15 FEBRUARI 2018
Shuhaimi (kanan) berbincang dengan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkenaan bantahan yang dikemukakan semalam

SHAH ALAM - Kerajaan negeri membantah syor-syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri dalam Selangor sebagaimana yang telah dikaji semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tahun 2018 bagi keseluruhan Selangor.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei yang mewakili kerajaan Selangor menyerahkan bantahan itu di pejabat SPR, dekat sini semalam.

Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengemukakan satu surat rasmi kepada SPR dan menekankan dua perkara yang perlu diberi perhatian oleh SPR.

“Pertamanya, kita gesa SPR kekalkan bantahan terhadap Syor-syor oleh SPR bertarikh dan diterbitkan pada 15 September 2016.

“Keduanya, kita membantah sebarang cadangan yang dikemukakan mana-mana pihak lain bagi mengembalikan Syor Pertama bertarikh 15 September 2016 dalam proses representasi Syor Kedua bertarikh 15 Januari 2018,” katanya.

Beliau berkata, bantahan kerajaan negeri terhadap Syor yang Kedua apabila terdapat banyak ketidakpatuhan terhadap Seksyen 2 (C) dan 2 (D) Jadual ke 13 Perlembagaan Persekutuan bagi bahagian-bahagian pilihanraya parlimen dan negeri di Selangor dalam status quo.

“Satu bantahan yang dikemukakan apabila Parlimen Kapar kini mempunyai 146, 317 pengundi manakala Parlimen Sabak Bernam mempunyai 37,126 pengundi.

“Ini bermakna bilangan pengundi di Kapar 3.94 kali ganda lebih besar daripada Sabak Bernam.

“Ketidakpatuhan ini tidak boleh dianggap sebagai lebih kurang sama sebagaimana yang perlu dipatuhi,” katanya.

Adun Sri Muda itu berkata, kerajaan Selangor berharap SPR mengkaji dan melihat semula bantahan-bantahan yang dikemukakan kerajaan negeri ini secara khusus.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Kerajaan Selangor untuk menangguhkan siasatan SPR tentang cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya parlimen dan dewan undangan negeri.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu setelah mendapati kerajaan negeri itu mengikut semua peraturan berkaitan permohonan berkenaan dan terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan itu.


Thus Article Kerajaan Selangor menyerahkan bantahan di pejabat SPR

Itulah artikel Kerajaan Selangor menyerahkan bantahan di pejabat SPR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerajaan Selangor menyerahkan bantahan di pejabat SPR dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/kerajaan-selangor-menyerahkan-bantahan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Selangor menyerahkan bantahan di pejabat SPR"

Post a Comment