Tajuk : Khalid Samad : Jangan Membenarkan Pembohongan Mereka Dan Jangan Tolong Kezaliman Mereka!
link : Khalid Samad : Jangan Membenarkan Pembohongan Mereka Dan Jangan Tolong Kezaliman Mereka!
Khalid Samad : Jangan Membenarkan Pembohongan Mereka Dan Jangan Tolong Kezaliman Mereka!
Ipoh : Ketika berucap merasmikan Bilik Gerakan Pakatan Harapan N43 Dun Sungai Rapat di sini Sabtu kelmarin, Khalid Samad turut teruja dengan sambutan hangat yang diterimanya.
"Ini adalah bukti yang jelas dan nyata bahawa andaian yang mengatakan kita tidak ada jentera dan tidak ada kekuatan apabila Pas sudah tidak bersama, terbukti tidak betul," tegas beliau.
Khalid menyatakan beliau cukup yakin bila tiba masa pilihanraya kelak, bilangan ini mungkin bertambah 4 atau 5 kali ganda lagi.
" Kita yakin, insya’Allah dengan adanya AMANAH, BERSATU, Keadilan dan DAP, ianya cukup, malahan lebih dari apa yang pernah kita ada dahulu," Khalid berkata.
Dakyah Tidak Boleh Jatuhkan Kerajaan Melayu Islam
Khalid turut membidas mengenai satu dakyah, yang mengandungi kata-kata palsu dengan memberikan gambaran bahawa orang Melayu Islam, tidak boleh terlibat untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam.
"Ini dakyah yg dibawa oleh parti sejarah yang dulu begitu gigih menentang kerajaan Melayu Islam!
"Dia kata Tun Mahathir buat U-Turn… tapi ada satu parti yang buat U-turn yg lebih lagi dahsyat, " sindir Khalid tanpa menyebut nama parti berkenaan.
Beliau turut merujuk kepada sepotong hadis muttafaqun alaihi yang diriwayat oleh Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi yang bermaksud :
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan.Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)."Khalid menyatakan bahawa pemerintah-pemerintah yang menipu dan melakukan kezaliman sudah pun berlaku di zaman kita hari ini.
"Pembohongan mereka bahawa duit 1MBD itu yang masuk ke akaun Dato Seri Najib RM2.6 Billion itu ‘sumbangan Arab’, kata Khalid.
Khalid mengingatkan, sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka ini dan menolong mereka dalam kezaliman mereka, Nabi tidak mengakui sebagai ummatnya, dan Nabi bukan dari kalangan mereka!
Dihukum Kerana Dedah Maklumat Sahih
Khalid turut mengulas mengenai penangkapan YB Rafizi Ramli kerana mendedahkan fakta.
"Perbicaraan YB Rafizi dan dijatuhkan hukuman, ianya merupakan pengesahan bahawa maklumat yang didedahkan adalah maklumat yang sahih.
"Perbicaraan YB Rafizi dan dijatuhkan hukuman, ianya merupakan pengesahan bahawa maklumat yang didedahkan adalah maklumat yang sahih.
“ Ianya maklumat yang dikeluarkan daripada bank yang sahih, yang betul. Rafizi terpaksa langgar Bafia!
"Beliau melakukan kesalahan undang-undang ini kerana Bafia ini satu akta bank yang menghalang maklumat bank didedahkan. Bila dia didapati bersalah, kerana mendedahkan maklumat bank, maka maklumat itu adalah sahih!
"Ianya bukan fitnah! Ianya bukan bohong! Ianya bukan tipu! Ianya bukan reka-reka… Ianya benar," jelas Khalid.
Khalid berkata adalah zalim kerana Rafizi dipenjarakan kerana mendedahkan penyelewengan! Tetapi yang melakukan penyelewengan dapat Tan Seri lagi!
Inilah kezaliman yang ditimpakan ke atas rakyat jelata, tegas Khalid.
" Kita dikenakan undang-undang seperti OSA dan sebagainya, dikenakan cukai GST, ditarik balik biasiswa, dinaikan harga minyak, dibatalkan biasiswa, bantuan dan sebagainya .. ini semua kezaliman.
" Kita dikenakan undang-undang seperti OSA dan sebagainya, dikenakan cukai GST, ditarik balik biasiswa, dinaikan harga minyak, dibatalkan biasiswa, bantuan dan sebagainya .. ini semua kezaliman.
"Sesiapa yang menolong mereka dalam kezaliman, kekalkan mereka dalam pemerintahan; kalau kita dah tahu zalim, tidak syak lagi kezaliman mereka tetapi tolong lagi… Nabi dah kata, bukan dari kalangan aku dan aku bukan dari kalangan mereka!
"Jadi bagaimana ada yang berkata haram lawan kerajaan Melayu Islam?" Soal Khalid.
Tegur Kerajaan Kena Berbisik?
Beliau turut menempelak kerana ada yang berkata, nak tegur kerajaan kena bisik dalam telinga, tak boleh nak tegur secara terbuka…
"Mereka ini lupa berapa ramai alim ulama’ yang mati dalam penjara … Imam Abu Hanifa yang kena belasah, kena sebat .. Imam Nawawi, Imam Malik, Ahmad Hambal semua lawan (pemerintah zalim) kerana tidak betul," tegas Khalid.
Beliau menerangkan apa yang kita lakukan selama ini, adalah memunafaatkan sistem yang menjamin hak kita untuk bersuara, dan menjamin hak kita untuk membawa perubahan dengan cara yang aman.
" Tidak ada kita mengesyorkan angkat senjata atau memberontak bakar kereta bas dan sebagainya. Kita nak bawa perubahan secara aman, demi nak selamatkan masa depan Negara kita.
"Kita berjuang untuk anak-anak kita. Kita tidak mahu anak-anak kita yang akan mewarisi Negara kita setelah generasi kita dah kaut kekayaan hasil bumi, minyak, gas – semua diambil oleh generasi kita dan meninggal anak cucu kita hutang, sehingga nanti mereka terpaksa buat seperti yang sedang dibuat oleh Najib dengan menggadai negara, jual kepada Cina Kominis. Buat projek, buat pinjaman...
Kenapa PRU14 Sangat Penting
Khalid mengingatkan bahawa pilihanraya umum yang akan datang ini adalah pilihanraya umum yang terpenting dalam sejarah Negara.
"Inilah peluang untuk kita merampas kuasa yang telah kita beri kepada Umno Bn sebagai satu amanah selama 60 tahun yang mana amanh ini telah dikhianati.
"Inilah peluang untuk kita merampas kuasa yang telah kita beri kepada Umno Bn sebagai satu amanah selama 60 tahun yang mana amanh ini telah dikhianati.
"Mereka telah mengkayakan golongan mereka. Kes Tan Seri Saleh jelas, kes Dato Seri Najib jelas...
"Diantara pertama yg akan dilakukan jika kita berjaya ambil Putra Jaya ialah menuntut semula duit dan harta rakyat Malaysia yang bernilai RM14 billion yang telah disita di Amerika Syarikat."Janji beliau kepada hadirin disambut dengan tepukan.
"Diantara pertama yg akan dilakukan jika kita berjaya ambil Putra Jaya ialah menuntut semula duit dan harta rakyat Malaysia yang bernilai RM14 billion yang telah disita di Amerika Syarikat."Janji beliau kepada hadirin disambut dengan tepukan.
Beliau menegaskan apa yang sedang kita perjuangkan ini ialah untuk menentukan kerajaan yang merosakan negara dan sistem sekarang ini kita akan ganti.
Mengenai pembahagian kerusi, Khalid selaku salah seorang jawatankuasa rundingan kerusi Pakatan Harapan peringkat nasional menyatakan dia memahami segala rungutan mengenai pembahagian kerusi adalah mustahil untuk memuaskan hati setiap orang.
Beliau mengingatkan supaya komponen Pakatan Harapan menjiwai konsep Pakatan Harapan yang telah dipersetujui bersama.
“Calon Keadilan adalah calon kita, calon BERSATU adalah calon kita, calon AMANAH adalah calon kita, calon DAP adalah calon kita.
“Kita tak dapat kerusi sini, kita tolong calon parti yg lain, di kerusi lain, parti kita bertanding, parti lain bantu calon kita kerana pilihanraya ini kita bukan nak tunjuk siapa kuat… tujuannya bukan nak tujuk siapa kuat …
Beliau menekankan bahawa tujuan pilihanraya ke 14 ini hanya satu – jatuhkan Najib dan Rosmah dan gantikan Umno Bn dengan Pakatan Harapan. Inilah yang kita kena faham semua. Kalau tidak memang susah…
Pakatan Harapan Lebih Baik Dari Pakatan Rakyat Dulu
Menurut Khalid, melalui pengalamannya yang lalu, Pakatan Harapan adalah lebih bersatu berbanding dengan Pakatan Rakyat dahulu.
"Setakat ini Majlis Presiden telah bersidang bekali2 dan semua presiden parti hadir. Tiap2 dua minggu bersidang dan sekarang ini sudah bermula tiap2 minggu bersidang!
"Semua kita bincang bersama, kerusi, carta, politik.. semua diputuskan bersama."
Beliau mendedahkan ketika dalam PR dahulu, jarang bermesyuarat dan kalau panggil mesyuarat pun ada yang tidak hadir.
" Tak payahlah saya sebut siapa… tidak ada kesatuan, tiada kejujuran dalam berpakat, dalam bekerjasama
" Tanggungjawab kita adalah besar. Kita tidak boleh lawan dan menang seorang-sorang," kata Khalid.
Beliau mengingatkan bahawa keadaan kuat bagaimana sekalipun hendak lawan Umno seorang diri tidak boleh.
Thus Article Khalid Samad : Jangan Membenarkan Pembohongan Mereka Dan Jangan Tolong Kezaliman Mereka!
Itulah artikel Khalid Samad : Jangan Membenarkan Pembohongan Mereka Dan Jangan Tolong Kezaliman Mereka! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Khalid Samad : Jangan Membenarkan Pembohongan Mereka Dan Jangan Tolong Kezaliman Mereka! dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/khalid-samad-jangan-membenarkan.html
0 Response to "Khalid Samad : Jangan Membenarkan Pembohongan Mereka Dan Jangan Tolong Kezaliman Mereka!"
Post a Comment