KRISIS IDENTITI

KRISIS IDENTITI - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KRISIS IDENTITI, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : KRISIS IDENTITI
link : KRISIS IDENTITI

Baca juga


KRISIS IDENTITI

Oleh Saripah Ismail 

 Ini adalah kisah benar dari pengalaman saya, bukan direka2. Cuma nama2 sahaja diubah..... 

 35 tahun yang lalu, saya berkhidmat di Dungun, Terengganu. Anak sulung saya berusia 1 tahun 3 bulan ketika itu. Semasa bekerja anak dihantar ke rumah pengasuh sebelah rumah. Adik beradiknya ramai, 12 orang. Ibunya pula sarat mengandungkan anak yang ke 13. Ibu suri rumah dan bapa kerja sendiri. Kehidupan keluarga Pok Teh umpama kais pagi makan pagi... 

 Nak dipendekkan cerita, saat si ibu nak melahirkan anak pada hari Jumaat ketika azan Zohor berkumandang...tiba2 si pengasuh yang berusia awal 20an memanggil saya dan dia kelihatan cemas.

 "Kok, mok dah nok beranok, tapi bidang klinik belum sampa..." 

Saya bergegas ke rumahnya. Kelihatan beberapa orang jiran tetangga ada di ruang tamu. Tabir dipasang bagi menutup tempat si ibu yang hampir nak bersalin. Suara si ibu meneran jelas kedengaran. 

 Tanpa membuang masa, saya menyelak kainnya dan.... masyaAllah! Separuh kepala bayi sudah terkeluar! Sekali teran, seluruh kepala keluar. Saya terus menadah tangan di kepala bayi tersebut bimbang terkulai wajahnya menghadap ke lantai. Tangan dah berlumuran dgn lendiran air ketuban bercampur darah... 

"Teran lagi Mok Teh"....

Sekali lagi Mok Teh teran. Meluncur bayi keluar dan saya sambut. Tak tahu bagaimanan perasaan ketika itu. Bayi dah kebiruan dan tak bersuara. Si ayah kelihatan cemas sebab pernah anaknya meninggal sewaktu lahir.

 Teringat buku2 yg pernah saya baca dan filem dokumentari tentang kelahiran bayi sewaktu mengandung dulu. Sebelah tangan saya lekas2 mengangkat ke dua2 kaki bayi dan gosok2 di belakangnya. Sepatutnya ditepuk, tapi kulit bayi baru lahir, ya Allah lembuut sangat! Saya gosok beberapa kali...uuweekkk!!! 

Bayi bersuara dan menangis. Alhamdulillah... Saya cuma lap bayi dan balut dgn kain batik lusuh.. 

 " Anok ppuang mok teh!" sahut si ayah. Si ayah dah sediakan sebesen air suam utk mandikan bayi. Untuk mengeluarkan uri dan memotong tali pusat saya tak tahu. Mujur beberapa minit kemudian bidan klinik sampai. 

 Kerana rasa ingin tahu bagaimana uri dikeluarkan dan tali pusat dipotong, saya duduk sebelah bidan dan perhatikan semua kerjabuat dia... Memang satu pengalaman yg tidak ternilainya bagi saya. Syukur... Anak diberi nama Fatimah.

 Seminggu kemudian, berita mengejutkan. Ada sesuatu perubahan pada alat kelamin si anak. "Penis"nya memanjang dan "testis"nya tak ada...saperti perempuan. Adakah ini yg dikatakan "khunsa"?? 

Panjangnya penis tu pun tidak saperti budak lelaki lain. Kecil. Mok Teh dan suami nampak sedih dan setiap hari jiran2 datang ziarah. Yang menghairankan, setiap kali kain diselak utk melihat "keganjilan" tu, bayi menangis dan mengepit kakinya seolah2 tidak membenarkan orang melihatnya.... 

 Setelah habis pantang, Mok Teh bawa bayi ke Hospital USM, Kelantan untuk rawatan. Kajian demi kajian dibuat. Doktor nak pastikan sifat manakah bayi tu lebih condong...lelaki atau perempuan. Keputusannya..lebih pada lelaki. Maka anak itu diberi nama Awang. Setiap bulan Awang diberi suntikan hormon bagi menguatkan lagi "kelakiannya"... 

 Saya tidak sempat melihat Awang membesar kerana telah bertukar ke Perak. 

Sehingga kini terus putus hubungan dengan keluarga Pok Teh ...dan kalau ke Dungun pun, kerana ada tugas. Ingin rasanya bertemu Awang, yang pernah saya sambut kelahirannya dulu. Mungkin sudah berumah tangga...

 Ada kalanya rasa simpati dan empati kepada mereka yang terpaksa hidup "dua alam" ni....bukan kehendak mereka. Janganlah kita menghina mereka yang mengalami krisis identiti...bantu mereka atau nasihati mereka. 

 Lainlah kalau "bapok" yang sengaja berlagak perempuan semata2 nak cari makan secara haram...

 Wallahua'lam.... sumber


Thus Article KRISIS IDENTITI

Itulah artikel KRISIS IDENTITI Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel KRISIS IDENTITI dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/krisis-identiti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KRISIS IDENTITI"

Post a Comment