Kroni jejaskan ekonomi, kata Amanah

Kroni jejaskan ekonomi, kata Amanah - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kroni jejaskan ekonomi, kata Amanah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kroni jejaskan ekonomi, kata Amanah
link : Kroni jejaskan ekonomi, kata Amanah

Baca juga


Kroni jejaskan ekonomi, kata Amanah


KRONI beri kesan buruk kepada ekonomi dan membentuk kesenjangan menerusi monopoli, kata Pengarah Strategi Amanah Dzulkefly Ahmad. 

 “Salah satu mekanisma utama (yang mencipta) kesenjangan adalah kapitalisma kroni atau kronisme. Ia mengherot pasaran melalui monopoli,” katanya pada sebuah forum anjuran Islamic Renaissance Front di Hotel Concorde Kuala Lumpur tengahari tadi. 

 Katanya, kroni adalah sebahagian daripada kelas pemodal yang tidak menyediakan perkhidmatan, barangan tulen atau menambah nilai dalam rantaian ekonomi. 

 Barisan Nasional (BN) sudah lama dikritik kerana mengamalkan kronisme, nepotisme dan politik naungan untuk mengekalkan kuasanya. 

 Politikus pembangkang dan ahli akademik berulang kali menyelar BN kerana membenarkan individu yang mempunyai hubungan rapat dengan pemerintah untuk menswastakan dan mengaut keuntungan dengan memonopoli industri penting dalam negara termasuklah air, makanan dan tenaga. 

 Pada 2010, Perdana Menteri Najib Razak melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang sepatutnya menggantikan dasar kontroversi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan menghapuskan kumpulan pemodal. 

 Bagaimanapun, rancangan itu terjejas apabila Najib terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 Sejak BN kehilangan undi popular kepada Pakatan Rakyat pada 2013, parti paling dominan pemerintah -Umno- mula mencari dan mengukuhkan sokongan penyokong tegarnya termasuklah kelas pemodal. –Themalaysianinsight


Thus Article Kroni jejaskan ekonomi, kata Amanah

Itulah artikel Kroni jejaskan ekonomi, kata Amanah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kroni jejaskan ekonomi, kata Amanah dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/kroni-jejaskan-ekonomi-kata-amanah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kroni jejaskan ekonomi, kata Amanah"

Post a Comment