“Lawak jenis apa ni?”

“Lawak jenis apa ni?” - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk “Lawak jenis apa ni?”, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : “Lawak jenis apa ni?”
link : “Lawak jenis apa ni?”

Baca juga


“Lawak jenis apa ni?”

Kenapa anak bini Taib Mahmud cepat sangat dapat status Bumiputera?
Desmond Davidson · Diterbitkan pada 1 Feb 2018 5:31PM
Isteri bekas Ketua Menteri Sarawak, Ragad Kurdi Taib telah diberikan status Bumiputera dan sekarang diiktiraf pula sebagai bangsa Melanau. Selain itu, Ragad juga didapati telah mendaftar sebagai pengundi untuk DUN Pantai Damai dan Parlimen Santubong. – Gambar Instagram Ragad Kurdi Taib Fan Page, 1 Februari, 2018

POLITIKUS Sarawak mempersoalkan kenapa begitu cepat sekali status Bumiputera diberikan kepada isteri bekas Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud iaitu Ragad Kurdi Taib dan dua anaknya sedangkan ramai lagi rakyat Sarawak yang belum ada kad pengenalan mahupun sijil kelahiran.

Ragad, 37, kelahiran Syria dilaporkan berkahwin dengan Gabernor Sarawak Taib Mahmud, 82, yang berketurunan Melanau pada 2010.

Ragad dan dua anak lelakinya, Nizar Mahmoud Madi dan Sam Mahmoud Madi dimasukkan sebagai etnik Melanau di bawah seksyen 20 Ordinan Mahkamah Anak Negeri 1992 dan peraturan 17F Mahkamah Anak Negeri, 1993.

Sehubungan itu, Naib Pengerusi Pakatan Harapan Chong Chieng Jen mempersoalkan kecekapan kerajaan negeri yang pantas meluluskan permohonan tiga beranak itu untuk mendapat status Bumiputera.

Bagaimanapun, Chong enggan untuk mengulas mengenai status Ragad dan dua anaknya sebagai Melanau.

“Ada beratus ribu rakyat Sarawak yang belum ada kad pengenalan dan sijil kelahiran,” kata Chong.

Ujarnya, pagi tadi beliau ke perpustakaan mahkamah di Kuching untuk mencari Warta Kerajaan bagi mengesahkan salinan warta itu yang telah pun tular di media sosial.

Chong mendakwa masih banyak lagi permohonan “rakyat Sarawak sebenar” di meja Setiausaha Kerajaan Negeri Mohamad Morshidi Abdul Ghani, menunggu untuk disahkan status mereka.

“Kenapa dia tak boleh luluskan?” soalnya.

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu berkata, Morshidi dan kerajaan negeri “patut cekap dan pantas” memproses permohonan “rakyat kelahiran Sarawak” yang tidak ada kad pengenalan, berbanding mementingkan Ragad.

Tambah Chong lagi, pasangan rakyat Sarawak yang telah menetap di negeri itu selama “20 ke 30 tahun pun belum dalam status penduduk tetap.”

Pada 24 Julai lalu, Mahkamah Anak Negeri di Kuching menerbitkan status mereka sebagai “peribumi Sarawak” sebelum digazetkan pada 9 November lalu.

Melanau merupakan etnik kelima terbesar di Sarawak yang menetap terutamanya di pantai sekitar Mukah.

Chong berkata, beliau tidak tahu menahu sama ada Ragad dan anaknya boleh bertutur bahasa Melanau atau faham dengan adat istiadat Melanau.

Bagaimanapun, beliau menekankan, sebagai penduduk peribumi, “statusnya (Ragad) lebih tinggi dari saya.”

“Dia ada lebih hak berbanding rata-rata rakyat Sarawak.”

Dalam pada itu, Adun Pujut Dr Ting Tiong Choon berkata yang beliau tidak akan membantah pemberian status kerakyatan Malaysia kepada Ragad dan anaknya itu.

Tetapi, beliau tidak bersetuju dengan pemberian status penduduk peribumi terhadap tiga beranak itu.

“Sebagai rakyat, mereka boleh beri banyak sumbangan kepada masyarakat.

“Tetapi, sebagai peribumi, tidak sama sekali.”

Dr Ting yang mengalami nasib sukar untuk mendapatkan status penduduk tetap buat isteri Taiwan beliau turut mempersoalkan kerajaan yang mempercepatkan permohonan isteri dan anak Taib Mahmud itu.

“Macam mana pula dengan beribu-ribu anak-anak yang tak ada negeri yang lahir di sini (Sarawak), membesar di sini dan masih tidak ada identiti (kad pengenalan, sijil kelahiran)?

“Lawak jenis apa ni?”

Dalam pencariannya pagi tadi, Chong turut mendapati yang Ragad telah mendaftar sebagai pengundi di DUN Pantai Damai dan Parlimen Santubong. – 1 Februari, 2018.


Thus Article “Lawak jenis apa ni?”

Itulah artikel “Lawak jenis apa ni?” Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel “Lawak jenis apa ni?” dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/lawak-jenis-apa-ni.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "“Lawak jenis apa ni?”"

Post a Comment