Mereka benar-benar takut rupanya sehingga sanggup berdedak!

Mereka benar-benar takut rupanya sehingga sanggup berdedak! - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mereka benar-benar takut rupanya sehingga sanggup berdedak!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mereka benar-benar takut rupanya sehingga sanggup berdedak!
link : Mereka benar-benar takut rupanya sehingga sanggup berdedak!

Baca juga


Mereka benar-benar takut rupanya sehingga sanggup berdedak!

Dr M: SPRM tahan bekas pemimpin PPBM cuba sogok pemimpin keluar parti
Faiz Zainudin - February 6, 2018
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, seorang bekas pemimpin PPBM ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan cuba menyogok seorang pemimpin negeri parti itu meninggalkan PPBM.

Pengerusi PPBM itu bagaimanapun enggan memberi butiran berhubung penahanan itu.

“Untuk maklumat, SPRM telah menahan seorang bekas pemimpin PPBM kerana didakwa memberi rasuah kepada pemimpin PPBM peringkat negeri, untuk maklumat lanjut saya rasa elok tanya SPRM,” katanya pada sidang media Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi FMT berkata, beliau akan menyemak jika ada kes sedemikian.

Sementara itu, Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM menyifatkan tindakan 400 ahli PPBM membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) mendakwa parti itu melanggar perlembagaannya, ialah taktik kotor.

“Kita hairan kenapa 400 ahli PPBM membuat laporan sama dengan perkataan yang sama kepada JPPM? Nampak ada usaha dari pihak mana untuk memberi alasan kepada JPPM tidak meluluskan permohonan untuk PH didaftar.”

Pada 12 Januari lalu, Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim dilaporkan berkata, pihaknya sedang menyiasat lebih 400 aduan yang diterima berkaitan isu perhimpunan agung tahunan (AGM) pertama PPBM.

Beliau meminta semua pihak memberi masa kepada JPPM kerana siasatan itu perlu dijalankan secara terperinci kerana membabitkan banyak aduan.

Pada 30 Disember lalu, PPBM mengadakan AGM pertama di Shah Alam, selepas lebih setahun ia didaftarkan pada September 2016.

Parti itu mendakwa mereka terpaksa mengadakan AGM di sebalik ancaman pembatalan pendaftaran oleh JPPM, susulan masalah membabitkan penstrukturan cawangan serta bahagiannya yang tidak diiktiraf JPPM.

Sementara itu, pengerusi PH itu berkata, JPPM belum memberi sebarang penjelasan berhubung punca pendaftaran gabungan 4 parti pembangkang itu belum diluluskan.

“Dia hanya sebut secara tidak langsung yang ada masalah dengan DAP dan PPBM, setahu saya kita nampak DAP dah selesai, tapi tak dapat apa-apa surat, PPBM pun tak dapat apa-apa surat, saya khuatir dengan ini maka kelulusan tidak akan diberi kepada penubuhan PH.

“Ini sudah tentu cara BN menang dengan mengganggu pilihan PH oleh pengundi,” katanya.

Berkaitan: Ada pihak dibayar untuk burukkan kami, kata PPBM


Thus Article Mereka benar-benar takut rupanya sehingga sanggup berdedak!

Itulah artikel Mereka benar-benar takut rupanya sehingga sanggup berdedak! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mereka benar-benar takut rupanya sehingga sanggup berdedak! dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/mereka-benar-benar-takut-rupanya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mereka benar-benar takut rupanya sehingga sanggup berdedak!"

Post a Comment