Nasib 'hamba' di zaman moden: Sebesar mana kesalahan yang dilakukannya sehingga dilayan begini?

Nasib 'hamba' di zaman moden: Sebesar mana kesalahan yang dilakukannya sehingga dilayan begini? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nasib 'hamba' di zaman moden: Sebesar mana kesalahan yang dilakukannya sehingga dilayan begini?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nasib 'hamba' di zaman moden: Sebesar mana kesalahan yang dilakukannya sehingga dilayan begini?
link : Nasib 'hamba' di zaman moden: Sebesar mana kesalahan yang dilakukannya sehingga dilayan begini?

Baca juga


Nasib 'hamba' di zaman moden: Sebesar mana kesalahan yang dilakukannya sehingga dilayan begini?

Pembantu rumah didera meninggal dunia
TMI · Diterbitkan pada 11 Feb 2018 10:30PM
PEMBANTU rumah warga Indonesia yang disyaki didera majikannya dalam kejadian di Taman Kota Permai 2, di Bukit Mertajam, meninggal dunia hari ini ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM)

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata wanita dikenali sebagai Adelina, 21, berasal dari Medan, Indonesia disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.45 petang selepas mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.         

"Bedah siasat ke atas wanita itu akan dijalankan kira-kira pukul 9 pagi esok bagi mengetahui punca sebenar pembantu rumah berkenaan meninggal dunia," katanya di Bukit Mertajam, malam ini.           

Katanya seorang wanita dan abangnya berusia 36 dan 39 tahun yang merupakan majikan kepada wanita itu direman dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.           

Beliau berkata polis akan merakamkan percakapan semua saksi termasuk jiran, ejen pembantu rumah, rakan-rakan mangsa serta doktor yang merawat wanita berkenaan. 

Pembantu rumah yang telah dua tahun bekerja di rumah majikannya itu mengalami kecederaan lebam pada kepala dan muka serta kecederaan luka bernanah pada tangan dan kaki kiri serta kanan.         

Wanita itu diselamatkan pukul 8 malam semalam selepas polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada seorang lelaki yang merupakan pembantu kepada seorang wakil rakyat di Bukit Mertajam memaklumkan pembantu rumah berkenaan telah didera.          

Sementara itu, seorang jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Anita,40-an berkata pembantu rumah itu dibiarkan tidur di lantai luar depan rumah dengan hanya beralaskan tikar buruk bersama seekor anjing.          

Katanya melihat keadaan mangsa yang semakin teruk, penduduk di situ memaklumkan kejadian tersebut kepada Anhli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim yang kemudian menghantar pembantunya meninjau situasi berkenaan.          

Steven yang dihubungi berkata berdasarkan maklumat daripada jiran, pembantu rumah itu sering dimarahi majikannya hingga lewat malam dan kadang-kadang tidak diberikan makanan. – Bernama, 11 Februari, 2018.
KEADAAN pembantu rumah warga Indonesia yang dibiarkan tidur di luar perkarangan rumah, di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam. - Foto ihsan pembaca - BH

Video dari Berita Harian

Kaitan: 2 Beradik Ditahan Bantu Siasatan Kes Dera


Thus Article Nasib 'hamba' di zaman moden: Sebesar mana kesalahan yang dilakukannya sehingga dilayan begini?

Itulah artikel Nasib 'hamba' di zaman moden: Sebesar mana kesalahan yang dilakukannya sehingga dilayan begini? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nasib 'hamba' di zaman moden: Sebesar mana kesalahan yang dilakukannya sehingga dilayan begini? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/nasib-hamba-di-zaman-moden-sebesar-mana.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nasib 'hamba' di zaman moden: Sebesar mana kesalahan yang dilakukannya sehingga dilayan begini?"

Post a Comment