Orang Asli Gua Musang cabar kredibiliti Kerajaan Kelantan

Orang Asli Gua Musang cabar kredibiliti Kerajaan Kelantan - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Orang Asli Gua Musang cabar kredibiliti Kerajaan Kelantan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Orang Asli Gua Musang cabar kredibiliti Kerajaan Kelantan
link : Orang Asli Gua Musang cabar kredibiliti Kerajaan Kelantan

Baca juga


Orang Asli Gua Musang cabar kredibiliti Kerajaan Kelantan

Orang Asli bina halangan bantah pembalakan haram di Gua Musang
Kamles Kumar · Diterbitkan pada 17 Feb 2018 11:00AM
Orang Asli Gua Musang membantah pembalakan dan perladangan komersial yang menceroboh tanah mereka, dan kerana kegagalan kerajaan negeri melindungi mereka. – Gambar Facebook, 17 Februari, 2018

ORANG ASLI dari enam perkampungan membentuk sekatan di Gua Musang, Kelantan hari ini bagi membantah pembalakan tidak terkawal di kawasan hutan simpan yang menceroboh tanah mereka di negeri itu.

Mohd Syafiq Dendi, pengurusi kawasan tanah adat di Pos Simpor berkata pembantah membina tiga sekatan di Chawas, Tohoi dan Kuala Wok awal pagi ini.

“Sekatan bermula sejak pagi. Untuk menentang pembalakan dan perladangan komersal.

“Mereka menceroboh kawasan Orang Asli. Hentikan pembalakan sekarang,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Katanya, bantahan itu adalah usaha Orang Asli menentang kerajaan Kelantan yang menyokong penebangan hutan.

Dendi berharap lebih ramai orang dari kampung terjejas kerana pembalakan itu menyertai sekatan itu.

“Ini adalah suara Orang Asli. Ia tidak melibatkan orang luar buat masa sekarang.”

Dendi berkata mereka tidak akan berganjak sehingga kerajaan negeri menunjukkan hasrat ikhlas untuk berunding, atau sekiranya mereka dipaksa meninggalkan sekatan itu.

“Kami tak tahu apa yang mereka (kerajaan) akan buat. Sama ada mereka akan hapuskan sekatan atau ada antara kami yang akan ditahan. Kami akan tunggu dan lihat,” katanya.

Sejak dua tahun lepas, masyarakat Orang Asli Kelantan membentuk beberapa sekatan di negeri itu tetapi dihapuskan Jabatan Perhutanan Kelantan. Malah, ada antara mereka yang ditahan.

Kerajaan Kelantan pimpinan PAS sering dikecam kerana tidak melindungi Orang Asli dan hak tanah mereka. – 17 Februari, 2018.


Thus Article Orang Asli Gua Musang cabar kredibiliti Kerajaan Kelantan

Itulah artikel Orang Asli Gua Musang cabar kredibiliti Kerajaan Kelantan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Orang Asli Gua Musang cabar kredibiliti Kerajaan Kelantan dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/orang-asli-gua-musang-cabar-kredibiliti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Orang Asli Gua Musang cabar kredibiliti Kerajaan Kelantan"

Post a Comment